Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Caj-Caj Tersembunyi Pembelian Kereta Terpakai Yang Tidak Patut Dikenakan


Caj-Caj Tersembunyi Pembelian Kereta Terpakai Yang Tidak Patut Dikenakan

Pembelian kereta samada kereta baru atau kereta terpakai adalah satu proses yang pasti mengambil masa dan merumitkan.

Kita harus mengetahui setiap proses yang perlu dilalui didalam pembelian kereta baharu mahupun kereta terpakai namun didalam pembelian kereta terpakai, anda mungkin mempunyai potensi untuk ditipu oleh penjual.

Kos melibatkan pembelian kereta terpakai adalah satu isu yang selalu menjadi perbualan hangat bakal pembeli kerana setiap penjual mengenakan pelbagai kos yang tidak masuk akal namun kerana tiada sebarang panduan, ramai yang tidak tahu samada kos yang dikenakan adalah wajar ataupun tidak.

Bersumberkan video bermanfaat yang diterbitkan oleh NazzAbdullah, kami telah memberikan anda panduan caj-caj tersembunyi yang lazimnya dikenakan oleh syarikat “Used Car” di Malaysia.

Hasil video melalui perkongsian dengan pemilik syarikat kereta terpakai popular iaitu Che Din, NazzAbdullah telah berkongsi tips sebelum membeli kereta terpakai.

Che Din telah mengulas setiap satu kos tersembunyi bagi pembelian kereta terpakai dan menyatakan jumlah sebenar yang wajar kenakan ( atau langsung tidak wajar).

  • Invois – secara puratanya, syarikat kereta terpakai mengenakan caj invois sebanyak RM 600 namun tiada sebarang kos yang patut dikenakan
  • Caj Pemprosesan RM 600 – Ini merujuk kepada proses permohonan pinjaman dari pihak bank dan sepatutnya tiada sebarang caj pemprosesan dikenakan kepada pembeli.
  • Caj Perjanjian (Aggrement) RM 500 – tiada sebarang bagi perjanjian yang patut dikenakan malah pembelian kereta baharu pun tiada sebarang caj perjanjian kecuali RM 20 bagi kos stamp duty
  • JPJ RM 500 – kos pertukaran nama dan hak milik adalah RM 150 sahaja namun caj yang dikenakan adalah sekitar RM 500 yang sama seperti bagi pembelian kereta baru/recon.
  • PUSPAKOM RM 500- kos keseluruhan bagi pemeriksaan PUSPAKOM adalah sekitar RM 85 sahaja.
  • E-Auto RM 500- penukaran nama pada sistem atas talian yang hanya memerlukan capjari pembeli dan caj sebenar E-Auto ini adalah RM 30 sahaja.
  • Servis RM 900 – kos pembersihan dan penukaran minyak hitam kereta yang sepatutnya ditanggung oleh penjual kereta terpakai dan bukanya ditanggung oleh pembeli.
  • SST/Cukai RM 1000 – caj SST adalah antara pengkilang dan pembeli perama sahaja dan bukanya dikenakan semula kepada pembeli kereta terpakai namun syarikat kereta terpakai mengenakan semula kepada pembeli.

Berikut adalah antara kos-kos yang dikenakan oleh kebanyakkan syarikat kereta terpakai dan diharap panduan ini memberikan anda penjelasan yang lebih baik mengenai setiap kos ini.

Anda boleh menonton video yang diterbitkan oleh NazzAbdullah di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.