Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme watch dinobatkan sebagai jam pintar paling laris di Shopee

realme watch dinobatkan sebagai jam pintar paling laris di Shopee 1

realme watch dinobatkan sebagai jam pintar paling laris di Shopee 2
Jam pintar realme watch yang dilancarkan bersama-sama 5 lagi produk AIoT pada pelancaran 11 Jun yang lalu telah mula ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga RM 299 sahaja ( RM 249 pada hari pertama jualan).

Seperti telefon pintar realme, peranti AIoT realme juga mendapatkan sambutan luar biasa di Malaysia dan buktinya adalah apabila jam pintar realme watch ini telah dinobatkan sebagai jam pintar paling laris di Shopee bagi bulan Jun (jualan pertama) dari segi kuantiti unit yang terjual.

Respons positif ini membuktikan bahawa produk eksositem realme juga telah diterima baik oleh pengguna di Malaysia khususnya kerana harga penjualan yang amat kompetitif.

Selain realme watch, realme juga akan memulakan penjualan realme Band dan realme Buds Air Neo pada 22 dan 23 Jun ini juga secara eksklusif di Shopee.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan realme watch, anda masih boleh mendapatkanya di Shopee sekarang pada harga RM 299 sahaja (warna hitam).

ULASAN : REALME watch Malaysia – Jam Pintar Dengan Sensor Heart-Rate, Kalis Air IP68 dan Bateri sehingga 10 Hari pada harga RM 299 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.