Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran global Honor 9A akan berlangsung pada 23 Jun ini

Pelancaran global Honor 9A akan berlangsung pada 23 Jun ini 3
Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Honor 9 akan menerima satu lagi varian yang setakat ini telah mencapai penjualan global melebihi 10 juta unit.

Model terbaru didalam keluarga Honor 9 ini adalah Honor 9A dan pelancaran global telefon pintar ini akan berlangsung pada 23 Jun ini dan anda boleh menontonya secara langsung di Facebook Honor Malaysia pada jam 8 malam.

Honor 9A dilihat akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.3-inci, pemproses MediaTek Helio P22, 3GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 5,000mAh serta sensor capjari dibahagian belakang.

Selain itu, Honor 9A juga memiliki tetapan tri-kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP + sensor ultrawide 5MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP f/2.0

Honor 9A dijangka akan hadir didalam beberapa pilihan warna iaitu hitam, biru dan hijau namun tidak dapat dipastikan warna mana yang akan ditawarkan di Malaysia.

Anda boleh menonton majlis pelancaran rasmi di Facebook Honor Malaysia untuk semua maklumat spesfikasi rasmi dan harga penjualan dipasaran tempatan pada 23 Jun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.