Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Nova 7 SE 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,499 mulai 19 Jun ini


HUAWEI Nova 7 SE 5G akan ditawarkan pada harga RM 1,499 mulai 19 Jun ini

HUAWEI Malaysia secara rasminya telah memgesahkan bahawa Nova 7 SE 5G akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499 mulai 19 Jun ini dan tidak setakat itu, HUAWEI juga akan menawarkan TWS FreeBuds 3i pada harga penjualan RM 399 sahaja.

Dengan pembelian HUAWEI Nova 7 SE ini, anda akan menerima hadiah percuma yang bernilai RM 1,256 yang terdiri daripada :

  • Jam kecergasan HUAWEI Band 4
  • Casing HUAWEI nova
  • 3 bulan langganan HUAWEI Video (Dimsum)
  • 6 bulan langganan HUAWEI Book
  • Storan 15GB HUAWEI Cloud (12 bulan)
  • Ganjaran Member Centre Rewards bernilai sehingga RM 1,000
  • Hadiah percuma sempena karnival HUAWEI AppGallery
  • Peluang memenangi 1 daripada 3 Proton X70 melalui cabutan bertuah HUAWEI AppGallery Carnival

HUAWEI Nova 7 SE akan ditawarkan didalam warna Space Silver, Crush Green dan Midsummer Purple dengan pembelian boleh dibuat di HUAWEI Store atau stor HUAWEI Experience Store seluruh negara mulai 19 Jun ini.

Bagi pembelian HUAWEI FreeBuds 3i, anda akan menerima FreeBuds 3i case, hadiah percuma sempena Karnival HUAWEI AppGallery dan satu tiket cabutan bertuah untuk memenangi Proton X70.

HUAWEI FreeBuds 3i akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Ceramic White, Carbon Black dengan harga penjualan RM 399 sahaja.

Pengurus jenama Siri Nova Malaysia, Isabel Koh telah mengambil masa beberapa minit untuk berkongsi dengan anda kelebihan telefon pintar HUAWEI Nova 7 SE ini dan anda boleh menonton video perkongsian beliau di bawah :

Berikut adalah spesifikasi utama HUAWEI Nova 7 SE

  • Reka Bentuk 3D Glass yang menawan
  • Skrin paparan Punch FullView Display 6.5”
  • HDR 10
  • Pemproses Kirin 820 5G
  • 8GB RAM + 128GB storan dalaman
  • Bateri 4,000mAh dengan HUAWEI SuperCharge 40W
  • 64MP AI Quad-Kamera (64MP + 8MP Ultrawide + 2MP + 2MP).
  • Dual View-Video, Super Slow-Mo 960fps, 4K  Video.
  • Kamera selfie 16MP
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.