Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli Jabra Elite Active 75t dan dapatkan Elite 45e secara percuma sempena promosi Hari Bapa di Lazada

TWS terbaru Jabra iaitu Jabra Elite Active 75t kini akan ditawarkan pada satu promosi istimewa yang membolehkan anda menikmati satu lagi peranti Jabra secara percuma.

Jabra Elite Active 75t menjanjikan reka bentuk yang tahan lama dan tidak mudah tercabut dengan pengalaman audio tanpa wayar yang optimum.

Jabra Elite 75t Active hadir dengan bateri yang mampu memberikan anda marathon muzik sehingga 7.5 jam namun dengan bekas pengecasan anda boleh menikmati sehingga 28 jam muzik iaitu hampir 90% lebih lama berbanding Jabra Elite 65t.


Jabra Elite Active 75t juga hadir dengan teknologi panggilan 4-mikrofon yang menawarkan fungsi pengurangan bunyi bising dan angin yang membolehkan pengguna menikmati kualiti panggilan yang lebih baik walaupun berada didalam persekitaran bunyi bising dan sibuk seperti di jalan raya mahupun stesen kereta api.

Selain itu, seperti kebanyakkan produk premium Jabra, Elite Active 75t juga hadir dengan sokongan bantuan suara Alexa, Siri atau Google Assistant melalui sambungan Bluetooth 5.0.

Dengan memuaturun aplikasi Jabra Sound+, pengguna boleh memilih aplikasi pembantu suara serta mendengar muzik dengan penimbang mengikut citarasa tersendiri.

Fungsi HearThrough pula memudahkan memudahkan anda menetapkan jumlah bunyi luaran yang didengar, menyelaras panggilan yang dijawab/dibuat, mengawasi caj bateri dan banyak lagi.

Salah satu kelebihan Jabra Elite Active 75t adalah ianya menawarkan jaminan kalis air dan debu (IP57 – Elite 75t hadir dengan IP55) selama 2 tahun selain penggantian 1 untuk 1 apabila terdapat kerosakkan dari kilang.


Sempena Sambutan Hari Bapa yang bakal tiba, stor Jabra di Lazada LazMall akan menawarkan promosi istimewa mulai 13 Jun hingga 21 Jun ini dimana setiap pembelian Jabra Active 75t akan menerima satu unit Jabra Elite 45e didalam warna Gold Beige secara percuma dan ianya mempunyai nilai RM 415.

Jabra Elite Active 75t ini ditawarkan pada harga RM 999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.