Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

REALME lancarkan 6 produk AIoT ke pasaran Malaysia yang termasuk watch, Band, Buds Q dan Buds Air Neo dengan harga serendah RM 79

realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan barisan produk AIoT terbaru mereka yang hadir dengan harga penjualan amat kompetitif.

6 produk AIoT yang dilancarkan oleh realme ke pasaran tempatan adalah realme watch, realme Band, realme Buds Air Neo, realme Buds Q, realme 10,000mAh Power Bank 2 dan realme 30W Dart Charge Power Bank (10,000mAh)

realme watch

realme watch adalah peranti AIoT tumpuan dan merupakan jam pintar pertama syarikat ini, ianya hadir dengan skrin paparan sesentuh berukuran 1.4-inci, perekod degupan jantung, bacaan SpO2, notifikasi pintar, pensijilan kalis air IP68, bateri yang tahan sehingga 10 hari dan sokongan 14 mod sukan yang termasuk bola sepak dan badminton.

realme watch hadir dengan reka bentuk jam pintar yang mudah dengan berat hanya 31 gram hasil pengunaan tali yang diperbuat daripada silikon.

realme watch akan ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 299 didalam satu pilihan warna iaitu hitam.

realme Band

realme Band merupakan jam kecergasan realme yang telah dilancarkan ke pasaran beberapa bulan lalu namun sedikit lewat ke pasaran Malaysia akibat pandemik Covid-19.

realme Band merupakan satu jam kecergasan yang lengkap dengan skrin paparan berwarna berukuran 0.96-inci, pengecasan USB Direct-Charge, pengukur degupan jantung real-time, perekod aktiviti sukan (9 aktiviti sukan), kalis IP68, perekod tidur, fungsi raise to wake dan smart notifications.

realme Band akan hadir dengan harga penjualan RM 129 sahaja didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, kuning dan hijau.

realme Buds Air Neo

realme Buds Air Neo merupakan TWS kedua syarikat ini selepas pelancaran realme Buds Air beberapa bulan lalu.

realme Buds Air juga hadir dengan reka bentuk yang sama seperti realme Buds Air namun telah ditambahbaik dengan pelbagai fungsi baru seperti instant auto connection , pengunaan aplikasi realme Link, mod gaming yang menawarkan Super Low Latency, 13mm Dynamic Bass Boost Driver, kalis air IPX4 dan 17 jam jangka hayat bateri.

realme Buds Air Neo dijangka akan hadir didalam beberapa pilihan warna menarik iaitu putih, hijau dan merah dengan berat TWS ini adalah hanya 4.1 gram.

realme Buds Air Neo akan hadir dengan harga penjualan RM 199.

realme Buds Q

realme Buds Q adalah satu lagi TWS terbaru yang direka bentuk oleh José Levý dengan reka bentuk cobbles design, 20 jam pengunaan, bekas pengecasan waterdrop, berat 3.6gram, touch control, super low-Latency mod 119ms (Gaming Mode) dan dua pilihan warna.

realme Buds Q pula akan hadir dengan harga penjualan RM 129 sahaja dengan penjualan di pasaran Malaysia adalah pada bulan Julai 2020 didalam warna kuning, putih dan hitam.

realme 10,000mAh Power Bank 2

realme 10,000mAh Power Bank 2 ini hadir dengan reka bentuk micro-stripe yang memberikan kemasan premium, pengecasan pantas 18W two-way Quick Charge, multi-device quick charge, low current mode untuk produk AIoT dan 13 lapisan perlindungan litar.

realme 30W Dart Charge Power Bank 

realme 30W Dart Charge Power Bank juga hadir didalam kapasiti 10,000mAh yang sama seperti realme Power Bank 2 namun ianya menawarkan 30W two-way Quick Charge, 15 lapisan perlindungan litar dan multi-device quick Charge.

realme 30W Dart Charge Power Bank akan ditawarkan pada harga RM 199 dan akan memasuki pasaran pada bulan Julai 2020.

Penjualan ‘Flash Sale’ Eksklusif di Shopee

realme akan mengadakan satu flash sale khas di Shopee pada 12 Jun ini dimana anda boleh mendapatkan realme watch pada harga RM 249 sahaja manakala realme 10,000mAh Power Bank 2 boleh dimiliki pada harga RM 99.

Selain itu, realme dan Shopee turut berkerjasama untuk menawarkan realme Band dan realme Buds Air Neo pada harga istimewa iaitu pada penjualan kilat yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Jun dimana realme Band akan ditawarkan pada harga RM 79 sahaja manakala realme Buds Air Neo pula boleh dimiliki pada harga 149 sahaja.

Beli realme watch di Shopee

Beli realme Band di Shopee

Beli realme Buds Air Neo di Shopee

Beli realme 10,000mAh Power Bank 2 di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.