Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri HUAWEI Nova 7 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 Jun ini

Siri HUAWEI Nova 7 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 Jun ini 5
HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar HUAWEI Nova 7 akan memasuki pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang amat berpatutan dan ianya juga akan membawakan teknologi 5G.

Antara model HUAWEI Nova 7 yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia adalah Nova 7 5G, Nova 7 SE 5G dan Nova 7i dengan pelancaran rasmi dijadual berlangsung pada 19 Jun ini.

Siri HUAWEI Nova 7 disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 19 Jun ini 6

Walaupun hadir dengan harga penjualan yang kompetitif, Siri HUAWEI Nova 7 dijangka akan hadir dengan quad-kamera AI 64MP, fungsi Dual-View yang baru, Huawei Share, Huawei MeeTime selain pengecasan pantas Huawei SuperCharge 40W.

Penjualan telefon pintar siri HUAWEI Nova 7 ini akan bermula mulai 19 Jun ini diseluruh negara dan bersempena dengan karnival AppGallery 2020, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan yang bernilai sehingga RM 200,000.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.