Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad Pro – Peranti ‘On The Go’ Sempurna Untuk Menguruskan Semua Aspek Perniagaan Anda


Huawei MatePad Pro merupakan tablet premium terbaru Huawei yang kini ditawarkan Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,399.

Huawei telah mengambil langkah yang berani apabila memperkenalkan satu tablet premium walaupun secara keseluruhanya pasaran tablet global terus menunjukkan penurunan.

Pelancaran Huawei MatePad Pro juga menunjukkan kecekalan Huawei untuk membawa persaingan ke tahap yang tertinggi dan tidak patut kita sangsi bahawa Huawei MatePad Pro adalah pencabar utama kepada iPad Pro keluaran Apple.

Dominasi Apple pada pasaran tablet adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal namun pelancaran Huawei MatePad Pro bakal memberikan pengguna satu tablet Android terbaik dipasaran sekarang.


Reka bentuk yang terbaik bagi tablet

Apabila menyebut sahaja mengenai tablet, perkara pertama yang akan terlintas pada fikiran sudah pastinya mobiliti atau mudah alih.

Walaupun Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin paparan 10.8-inci, reka bentuk dan penampilan tablet premium Huawei ini berada didalam kelasnya yang tersendiri sehingga ianya diberi gelaran ‘future of tablet’.

Huawei MatePad Pro merupakan tablet yang hadir dengan sisi bezel skrin paling nipis didunia iaitu 4.9mm dengan reka bentuk micro-curved.

Dengan nisbah skrin kepada badan 90%, Huawei MatePad juga menyandang gelaran tablet dengan nisbah skrin kepada badan yang tertinggi didunia jauh mengatasi pencabar terdekat seperti Apple iPad Pro (84.6%) dan Samsung Galaxy Tab S6 (83%).

Reka bentuk micro-curved yang berasaskan aloi magnesium memastikan pengguna dapat menikmati pegangan yang kukuh dan ergonomik namun pada masa yang sama dengan profil yang ringan.

Huawei MatePad Pro hadir didalam 4 kemasan yang menarik iaitu 2 warna dengan kemasan gentian gelas iaitu Pearl White dan Midnight Grey dengan 2 warna yang memiliki kemasan kulit vegan iaitu Forest Green dan Orange.

*hanya warna Midnight Grey dan Pearl White  yang ditawarkan di Malaysia buat masa sekarang.

Jangka Hayat Bateri Luar Biasa Yang Ditambah Dengan Sokongan Pengecasan Pantas

Apabila sebuah tablet diklasifikasikan sebagai peranti perniagaan ‘on-the-go’ atau mudah alih, adalah satu syarat utama untuk tablet tersebut memiliki jangka hayat bateri yang baik.

Walaupun hadir dengan sebagai tablet premiums kompak, HUAWEI tidak melakukan sebarang kompromi pada bahagian bateri dan Huawei MatePad Pro telah disertakan dengan bateri berkapasiti 7,250mAh.

Dengan komponen dalaman dan perisian yang efiesn, Huawei MatePad Pro mampu menawarkan pengguna hampir 11 jam pengunaan produktiviti yang berkait rapat dengan perniagaan atau tugas rasmi seperti e-mel, pemprosesan fail, menyediakan slide pembentangan dan banyak lagi).

Walaupun berada diluar kawasan atau urusan kerja, hiburan bukanlah sesuatu yang akan diketepikan dan HUAWEI MatePad Pro mampu menawarkan sehingga 12 jam tontonan video HD atau 11.5 jam pelayaran internet.

HUAWEI MatePad Pro juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas 20W yang mampu memenuhkan bateri gergasi dengan pantas dan tablet ini juga menjadi tablet pertama dipasaran untuk hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar pada

kadar 15W selain pengecasan Wireless Reverse Charging pada kadar 7.5W.

Aksesori pintar yang meningkatkan lagi produktiviti dan kreativiti

Bersama-sama Tablet MatePad Pro, HUAWEI juga telah melancarkan dua aksesori sampingan yang akan melengkapkan lagi pengalaman pengunaan tablet premium ini.

Huawei M-Pencil

Stylus HUAWEI M-Pencil pasti menjadi pilihan jika anda lebih kepada bidang yang memerlukan anda membuat lakaran seperti seni bina, seni rekabentuk dalaman atau idea dan projek.

Proses pairing dengan HUAWEI MatePad Pro juga amat mudah dimana anda hanya perlu dilekapkan  (mempunyai magnet) pada sisi sebelah kanan dan ianya akan bersedia untuk digunakan pada peranti didalam sekelip mata.

Dengan berat hanya 14gram, M-Pencil menawarkan anda pengalaman penulisan yang amat selesa seperti pada kertas dengan tahap sensitiviti tekanan 4,096.

Kadar ketepatan penulisan dan responsif terhadap input yang ditawarkan oleh M-Pencil adalah antara yang terbaik dipasaran.

Huawei Smart Keyboard

HUAWEI MatePad Pro juga disertakan dengan papan kekunci magnetik pintar yang boleh disambung kepada peranti menggunakan teknologi Bluetooth proximity pairing.

Folio papan kekunci ini tampil dengan jarak kekunci 1.3mm yang sangat ergonomik untuk pengalaman menaip yang selesa dan membawa produktiviti lebih hampir seperti sebuah komputer riba.

Prestasi gergasi dengan cipset Kirin 990

Sebagai tablet premium terbaru di pasaran, syarat minima yang pasti pengguna mahu adalah prestasi pemproses kelas flaghsip tanpa sebarang kompromi.

HUAWEI MatePad Pro telah memenuhi syarat ini dengan pengguna cip pemproses kelas flaghsip Kirin 990 yang merupakan antara cip pemprosesan peranti mudah alih.

Kirin 990 direka bentuk melalui proses 7nm yang menjanjikan prestasi berkuasa tinggi namun pada yang sama sangat efisen tenaga.

Dengan kelajuan sehingga 2.86Ghz, Kirin 990 menawarkan 14% peningkatan didalam prestasi single-core dan hampir 18% pada prestasi multi-core.

Menariknya, unit pemprosesan grafik yang ditawarkan bersama Kirin 990 pada HUAWEI MatePad Pro adalah Mali-G76 GPU yang mana ianya mampu menawarkan prestasi grafik tip top dan lebih penting secara konsisten tanpa sebarang penurunan.

Ianya adalah 23% lebih efisen berbanding generasi sebelum ini dan ciri Smart Cache yang baru menawarkan penjimatan pengunaan tenaga GPU sebanyak 12%.

Neural Processing Unit atau NPU yang diperintiskan oleh HUAWEI juga menjadi tunjang utama pada pemproses Kirin 990 ini dan ianya berasaskan arkitektur Da Vinci yang membenarkan teras NPU utama boperasi selaras dengan teras NPU kecil untuk menawarkan kuasa komputasi yang sangat tinggi dan efisen.

HUAWEI MatePad Pro di Malaysia hadir dengan 8GB RAM LPDDRX4 yang disertakan dengan 256GB storan dalaman jenis UFS 3.0 yang lebih pantas . Jika 256GB tidak mencukupi,HUAWEI MatePad Pro juga menyokong kad memori NM Card sehingga 256GB.

Fungsi Multi-Window dan App Multiplier

HUAWEI MatePad Pro memiliki skrin paparan 10.8-inci yang menjadikan fungsi Multi-Window dan App Multiplier satu kemestian.

Sebagai seorang ahli perniagaan melakukan beberapa tugas didalam satu ‘skrin’ adalah sesuatu yang pasti pengguna mahu.

Dengan HUAWEI MatePad Pro,  rujukan, berhibur sambil berkerja dan banyak lagi menjadi kemungkinan yang tidak lagi terbatas.

Multi-Window menawarkan pembukaan dua aplikasi serentak pada skrin yang mana pengguna juga diberikan kebebasan untuk menetapkan sendiri saiz paparan yang digunakan antara dua aplikasi yang dibuka.

Fungsi Multi-Window pada HUAWEI MatePad Pro adalah amat berkuasa dimana fail antara dua aplikasi juga boleh dikongsi secara terus melalui kaedah “drag and drop”

Huawei App-Multiplier

Tidak semua aplikasi yang menyokong mod landskap tablet dan pembukaan aplikasi ini pada mod landskap mungkin menjejaskan pengalaman pengunaan anda.

Disebabkan ini HUAWEI telah membangunkan fungsi App-Multiplier yang menawarkan pembukaan aplikasi pada mod menegak dimana anda boleh membuka sehingga tiga aplikasi pada satu-satu masa ( 2 aplikasi melalui Multi-Window + 1 aplikasi melalui App Multiplier).

Huawei Share

Perkongsian fail antara peranti HUAWEI kini menjadi satu proses pantas yang boleh diselesaikan didalam masa beberapa saat sahaja.

Dengan HUAWEI Share,HUAWEI MatePad Pro kini boleh menerima dan menghantar fail dengan mudah iaitu hanya drag & drop.

Anda hanya perlu seret dan lepaskan fail, foto atau video antara dua peranti Huawei dengan proses pemindahan juga akan selesai sepantas kilat.

Multi-Screen Collaboration

HUAWEI MatePad Pro juga hadir dengan fungsi Multi-Screen Collaboration yang memberikan telefon pintar HUAWEI anda akses kepada komponen tablet Huawei MatePad Pro seperti papan kekunci, skrin, mikrofon, pembesar suara dan kamera yang memudahkan lagi kerja anda.

Sebagai contoh, anda boleh mengawal papan kekunci Smart Magnetic dan HUAWEI M-Pencil untuk peningkatan produktiviti. Koleksi media yang disimpan pada telefon pintar juga boleh dimainkan pada skrin tablet dengan bunyi dimainkan pada pembesar suara stereo yang dimiliki Huawei MatePad Pro.

WPS Office

HUAWEI MatePad Pro juga disertakan dengan versi WPS Office yang terbaru. WPS Office yang disertakan pada Huawei MatePad Pro hadir dengan pelbagai ciri baru seperti sokongan voice note dan stylus.

mod Smart-Pencil Brush juga diaktifkan secara automatik apabila stylus digunakan pada dokumen dan beberapa fungsi baru juga akan ditawarkan seperti Partial Selection untuk pilihan teks yang lebih mudah.

Fungsi voice note membolehkan anda merakam audio percakapan yang sesuai untuk merakam maklum balas yang diterima ketika melakukan pembentangan.

HUAWEI MatePad Pro kini ditawarkan di Malaysia didalam dua pilihan warna iaitu Midnight Grey dan Pearl White dengan harga penjualan dari RM 2,399.

Selain itu, HUAWEI juga menawarkan pakej bundel bagi HUAWEI MatePad Pro yang hadir bersama HUAWEI Smart Magnetic Keyboard dan HUAWEI M-Pencil pada harga RM 2,898 sahaja (RRP : RM 3,197).

Beli Pakej Bundle HUAWEI MatePad Pro di Huawei Online Store sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.