Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri HUAWEI Nova 7 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi


HUAWEI Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri Nova iaitu Siri HUAWEI nova 7 yang akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dengan harga penjualan yang amat kompetitif.

Siri HUAWEI nova 7 akan menawarkan anda kebebasan untuk menggunakan semua aplikasi kegemaran anda melalui stor aplikasi tersendiri HUAWEI iaitu HUAWEI AppGallery.

HUAWEI AppGallery

HUAWEI AppGallery telah terbukti sebagai pengganti terbaik untuk memenuhi keperluan aplikasi Android anda namun jika aplikasi kegemaran anda tidak ada didalam HUAWEI AppGallery, anda boleh menggunakan fungsi FindApps yang akan melakukan cari aplikasi kegemaran anda yang boleh dimuat turun di sumber pihak ketiga atau secara terus dari laman web rasmi.

Selain itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi kegemaran anda secara terus dari pelayar internet HUAWEI Browser atau melalui stor aplikasi seperti Aptoide dan Aurora Store.

HUAWEI Phone Clone

Peralihan ke telefon pintar HUAWEI adalah lebih mudah dengan HUAWEI Phone Clone tidak kira anda adalah pengguna telefon pintar Android atau iOS dan aplikasi ini boleh dimuat naik peranti anda lama melalui Google Play Store atau Apple App Store.

HUAWEI Phone Clone akan memindahkan semua fail (gambar, video, kenalan dan banyak lagi) penting anda dari peranti lama ke peranti baru anda pada kelajuan yang mencecah 1Gbps tanpa perlu sambungan Wi-Fi atau Data.

Anda hanya perlu mengimbas kod QR atau menyambung kepada ‘hotspot’ telefon pintar baru anda untuk memulakan pemindahan pantas ini.

Selepas menguji telefon pintar Siri HUAWEI nova 7 ini, ianya terbukti semua aplikasi kegemaran rakyat Malaysia telah tersedia dan boleh di muat turun dengan mudah.Dengan 390 juta pengguna aktif setiap bulan, HUAWEI AppGallery merupakan stor aplikasi ketiga terbesar dunia dan kesemua aplikasi yang ditawarkan juga telah menepati piawaian keselamatan antarabangsa yang boleh digunakan pada semua telefon pintar, tablet dan jam pintar Huawei dengan mudah dan selamat.

Siri HUAWEI nova 7 juga akan menyokong ciri panggilan video MeeTime yang terbaru selain penawaran perkhidmatan seperti HUAWEI Video – percuma 3 bulan langganan premium dan HUAWEI Cloud – percuma storan 50GB untuk 12 bulan.

Nantikan pelancaran Siri HUAWEI nova 7 di Malaysia tidak lama lagi.

HUAWEI AppGallery menawarkan pelbagai aplikasi perbankan, permainan video popular dan media sosial
HUAWEI AppGallery juga menawarkan barisan aplikasi membeli-belah atas talian popular, muzik, hiburan, aplikasi syarikat telekomunikasi dan berita

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.