Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Android 11 ditunda lagi oleh Google

Pelan pelancaran Google Android 11 telah menyaksikan beberapa kelewatan yang tidak dapat dielakkan.

Majlis pelancaran Google I/O yang dijadualkan pada 12 Mei hingga 14 Mei telah dibatalkan sepenuhnya akibat Covid-19 dengan pelancaran secara online yang dijadualkan pada 3 Jun juga telah dibatalkan ( tarikh pelancaran asal adalah 1 Jun 2020).

Ini merupakan kali ketiga pelancaran sistem operasi terbaru Google ini dibatalkan dan Google tidak memberikan sebarang tarikh spesifik bila ianya akan dilancarkan.

Pengesahan ini telah dikeluarkan sendiri oleh akaun Twitter rasmi Android Developer dan punca penundaan pelancaran ini adalah disebabkan pelbagai kekecohan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat ( kematian George Flyod).

Kelewatan pelancaran versi beta Android 11 ini sudah pastinya mengecewakan pengguna Android namun dengan keadaan yang masih belum pulih adalah baik untuk Google tidak melakukan pelancaran yang seolah tidak mengendahkan situasi semasa.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.