Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2 kini rasmi di Malaysia


Honor 9X Lite, Magic Earbuds dan Scale 2 kini rasmi di Malaysia

Honor Malaysia secara rasminya telah melancarkan Honor 9X Lite, Honor Magic Earbuds dan Honor Scale 2 ke pasaran tempatan dan penjualan akan bermula esok.

Honor 9X Lite akan hadir skrin paparan FullView FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Kirin 710F, 4GB RAM, 128GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh.

Beralih kepada kamera, Honor 9X Lite hadir dengan sensor utama 48MP yang digandingkan dengan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Selain itu, Honor 9X Lite juga hadir dengan GPUTurbo 3.0, EMUI 9.1, sokongan dwi-SIM dan Face Unlock.

Honor 9X Lite akan hadir dengan harga penjualan sangat mampu milik iaitu hanya RM 699 didalam dua pilihan warna iaitu Emerald Green dan Midnight Black.

Setiap pembelian Honor 9X Lite di Hihonor akan menerima Honor 10,000 Powerbank dan baucar Hihonor bernilai RM 70.

Manakala pembelian di stor fizikal Honor Experices dan Shopee akan menerima satu unit powerbank Honor 10,000 sahaja.

Honor Magic Earbuds

Honor Magic Earbuds pula hadir dengan harga pengenalan RM 399 (harga asal RM 499).

Pembelian Magic Earbuds di Hihonor akan menerima Honor Scale (RM 99) dan baucar Hihonor bernilai RM 50 secara percuma manakala pembelian di Shopee, SenQ dan Senheng akan menerima Honor Scale 2 sahaja.

Honor Scale 2

Honor Scale 2 hadir dengan harga penjualan RM 99 dan pembelian di Hihonor akan menerima Honor Mug dan baucar RM 10 manakala pembelian di Lazada dan Shopee akan menerima Honor Mug.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.