Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan dua vivo V19 pada harga satu melalui pelan MaxisOne

vivo V19 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja.

Selain itu, Vivo dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Maxis kini menawarkan tawaran menarik dimana anda boleh memiliki dua telefon pintar vivo V19 pada harga satu unit iaitu dengan langganan MaxisOne 188 atau MaxisOne 158.

Selain itu, dengan pelan Maxis Zerolution, pelanggan Maxis akan menikmati pembelian tanpa pendahulan, 0% faedah kredit kad selain 3 bulan perlindungan percuma bagi telefon pintar.

Pelan MaxisOne 188 hadir dengan 60GB kuota internet bersama-sama panggilan & SMS percuma ( sehingga 4 talian Maxis Share pada harga Rm48/sebulan setiap satu).

Pelan MaxisOne 155 pula hadir dengan 50GB kuota internet bersama-sama panggilan & SMS percuma ( sehingga 3 talian Maxis Share pada harga Rm48/sebulan setiap satu).

Vivo V19 kini hadir dengan didalam dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver pada harga RM 1,699.

Maklumat lanjut mengenai pelan MaxisOne bagi vivo V19 boleh diketahui di Maxis

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.