Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom Malaysia – 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps

realme X3 SuperZoom Malaysia - 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps 11

realme X3 SuperZoom Malaysia – 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps

Permulaan dalam pasaran telefon pintar dunia adalah sentiasa sengit dan realme sudah pastinya mahu mengekalkan pertumbuhan positif syarikat sepanjang tahun ini.

Inovasi adalah perkara utama yang mampu mengekalkan kedudukan ini dan realme, syarikat yang terkenal dengan moto “Dare to Leap” semestinya mempunyai kelebihan untuk menawarkan sesuatu yang unik pada setiap model telefon pintar yang dilancarkan.

Pengesahan bahawa realme X3 SuperZoom akan dilancarkan dengan pelbagai teknologi kelas flaghip telah meletakkan telefon pintar ini sebagai antara model yang hangat diperkatakan.

realme X3 SuperZoom Malaysia - 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps 12

Sensor utama 32MP AI + 8MP Super Wide-Angle 105°

realme X3 SuperZoom hadir dengan skrin paparan 120Hz Ultra Smooth yang juga memiliki dua lensa kamera yang mampu menawarkan fotografi selfie pada tahap baharu.

Sensor kamera selfie realme X3 SuperZoom ini adalah lensa utama 80° wide-angle 32MP Sony IMX616 dan lensa 105° 8MP super wide-angle.

Dengan penawaran kamera dwi-selfie, realme X3 SuperZoom menawarkan jarak pengambilan gambar yang 2.5 kali ganda lebih luas berbanding sebelum ini dan ianya juga dilengkapi dengan Edge Deformity Correction.

Sensor selfie realme X3 SuperZoom ini juga memiliki kebolehan untuk mengecam wajah dan secara automatik menawarkan optimasi kontor wajah apabila gambar diambil.

realme X3 SuperZoom Malaysia - 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps 13

HDR & Super Potrait NightScape

Kepakaran realme di dalam fotografi malam ini juga telah di bawa ke kamera selfie realme X3 SuperZoom yang membawakan fotografi HDR dan Super Potrait NightScape.

Selfie pada waktu malam kini adalah satu perkara yang mudah khususnya dengan realme X3 SuperZoom ini.

Kamera selfie realme X3 SuperZoom juga dilengkapkan dengan teknologi AI Beautify yang mengecam wajah dan menawarkan pencantikkan wajah yang tidak terlalu keterlaluan dan mengekalkan wajah semulajadi anda.

realme X3 SuperZoom Malaysia - 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps 14

Rakaman Video Ultra Wide-Angle dengan sokongan pengstabilan video UIS & 120fps Slow-Mo Selfie Video

Dari segi video, kombinasi dua kamera selfie ini telah menjadikan menjadikan realme X3 SuperZoom sebagai telefon pintar dengan kamera yang mempunyai teknologi selfie video paling berkuasa dipasadan.

Kebolehan kamera selfie ini bukan hanya menyokong rakaman video ultra wide-angle malah ianya juga disertakan dengan sokongan pengstabilan video UIS pada kedua-dua sensor kamera.

Tidak kira sensor mana yang menjadi pilihan anda, ianya mampu mengambil video yang baik dan stabil. Jika anda mahu mengambil video potret, anda hanya perlu mengaktifkan mod potret yang memberikan anda kesan bokeh ‘real-time’.

realme X3 SuperZoom juga dilengkapi dengan rakaman video selfie gerak perlahan Slow-Motion pada kadar 120fps (akan ditawarkan melalui kemaskini OTA).

Dengan teknologi kamera selfie ini, realme X3 SuperZoom mempunyai kebolehan kamera yang baik pada bahagian belakang dan hadapan.

realme X3 SuperZoom Malaysia - 32MP Dual-In Display Selfie & Video Selfie Slo-Mo 120fps 15

Pelancaran realme X3 SuperZoom akan berlangsung didalam masa 2 hari sahaja lagi dan pastikan anda menonton siaran langsung majlis pelancaran realme X3 SuperZoom pada 28 Mei ini di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.