Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom Malaysia – Teknologi Pengecasan 30W Dart Flash Charge & Liquid Cooling

realme X3 SuperZoom Malaysia - Teknologi Pengecasan 30W Dart Flash Charge & Liquid Cooling 1realme X3 SuperZoom Malaysia – Teknologi Pengecasan 30W Dart Flash Charge & Liquid Cooling 

Detik-detik pelancaran realme X3 SuperZoom yang dinanti-nantikan semakin hampir iaitu didalam masa kurang daripada 24 jam sahaja sebelum pelancaran rasmi di Malaysia.

realme X3 SuperZoom adalah telefon pintar serba lengkap realme yang telah disahkan akan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti pemproses Snapdragon 855+, teknologi zoom periisikop 60x, 32MP dual in-display selfie dan banyak lagi.

Bagi melengkapkan lagi telefon pintar premium realme X3 SuperZoom ini, realme juga telah menawarkan teknologi pengecasan pantas 30W Dart Flash Charge dan teknologi penyejukan cecair ‘liquid cooling’.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Teknologi Pengecasan 30W Dart Flash Charge & Liquid Cooling 2

30W Dart Flash Charge

Dengan teknologi pengecasan 30W Flash Charge yang baru dinaiktaraf, bateri berkapasiti 4,200mAh yang disertakan pada realme X3 SuperZoom boleh dicaj penuh didalam masa 55 minit sahaja.

Jika anda tidak mempunyai masa sebanyak itu untuk mengecas peranti anda, 30 minit pengecasan sudah cukup untuk memberikan telefon pintar anda 70% pengecasan yang memadai untuk pengunaan seharian.

Trend mengecas sambil bermain permainan video kini merupakan keperluan wajib dan 30W Dart Flash Charge membolehkan 60% pengecasan didalam masa 1 jam ketika anda sibuk didalam dunia gaming anda.

Tertinggal palam dan kabel pengecas telefon pintar anda adalah sesuatu yang biasa dan sebagai ciri sampingan realme X3 SuperZoom juga menyokong pengecasan pantas 15W PD Charging.

Algoritma pengecasan yang dibangunkan oleh realmebagi  X3 SuperZoomini  terdiri daripada lima tahap perlindungan keselamatan dan ianya juga mempunyai perlindungan dari segi komponen dalaman sepanjang proses pengecasan.

realme X3 SuperZoom Malaysia - Teknologi Pengecasan 30W Dart Flash Charge & Liquid Cooling 3

Teknologi Penyejukan Liquid Cooling

Sistem penyejukan cecair yang dimiliki realme X3 SuperZoom ini menawarkan liputan sumber haba yang 100% lebih efektif.

Tiub penyejuk wap yang diperbuat daripada tembaga ini mempunyai diameter 8 mm, sekaligus meningkatkan kawasan pelesapan haba sebanyak 176.9% manakala jumlah pelesapan haba adalah 410mm3. 

Ini membolehkan suhu teras peranti dikurangkan untuk mengekalkan prestasi dan kelajuan yang konsisten.

Teknologi pengecasan dan penyejukan peranti seperti ini pastinya menjadikan realme X3 SuperZoom sebagai telefon pintar idaman ramai.

realme X3 SuperZoom akan dilancarkan di Malaysia didalam masa kurang daripada 24 jam sahaja lagi dan pastikan anda tidak terlepas menonton siaran langsung majlis pelancaran realme X3 SuperZoom di Facebook realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.