Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 11
Vivo Malaysia secara rasminya telah melancarkan vivo V19 ke pasaran Malaysia dan ianya hadir dengan harga penjualan RM 1,699.

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 12

Terus ke spesifikasi, Vivo V19 ini hadir ke pasaran sebagai telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan skrin paparan dual-punch hole ‘Ultra O’.

Ianya menggunapakai skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci yang memiliki sensor capjari terbina dalam skrin dan pada punch-hole ini, vivo menyertakan satu unit sensor 32MP f/2.1 dan satu sensor ultrawide 8MP dengan aperture f/2.3.

Dari segi pemprosesan dalaman, vivo V19 akan hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712, 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB .

Beralih kepada kamera, Vivo V19 memiliki tetapan quad-kamera dengan susunan-L seperti pada vivo V17. Ianya adalah sensor utama 48MP + 8MP ultrawide + 2MP depth dan 2MP sensor makro. Menarik pada model ini adalah kedua-dua sensor belakang dan swafoto menyokong mod malam Super Night dan video Ultra Stable.

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 13

Bateri yang disertakan pada Vivo V19 adalah yang berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W yang menggunakan USB-C dan terdapat teknologi penyejukan ‘Copper Tube Liquid Cooling’.

Vivo V19 akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 14

Pembelian Vivo V19 kini boleh dilakukan di stor atas talian rasmi Vivo dan nikmati rebat RM 50, pek hadiah bernilai RM 459, tambahan 1 tahun waranti dan 1 tahun waranti skrin.

vivo V19 kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 15

Beli Vivo V19 di Lazada nikmati pek hadiah bernilai RM 199, baucar RM 50 dan lanjutan waranti 1 tahun dan 1 tahun waranti skrin.

Selain di e-store Vivo dan Lazada, vivo V19 juga boleh dibeli melalui pelbagai saluran penjualan lain seperti Sengheng, SenQ, Celcom dan Digi ( semua secara atas talian).

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.