Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

MIUI 12 kini rasmi – berikut senarai model Xiaomi dan Redmi yang akan menerima kemaskini mulai Jun 2020


Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan MIUI 12 ke pasaran global dan ianya akan mula ditawarkan kepada model terpilih mulai bulan Jun 2020.

MIUI 12 adalah sistem operasi terbaik Xiaomi yang telah direka bentuk semula dari asal dengan pelbagai penambahbaikan yang akan meningkatkan lagi kepuasan pengunaan telefon pintar Xiaomi.

Antara ciri menarik MIUI 12 adalah seperti berikut :

  • Advanced Colour Blending & Blurring
  • App Drawer
  • Physic Screen – animasi 3 dimensi pada skrin rata
  • Aplikasi Cuaca yang berubah mengikut keadaan cuaca setiap bandar
  • Control Centre berwajah baru
  • Animasi storan peranti yang berdasarkan visual
  • Always On-Display
  • Gambar latar belakang berdasarkan tempat-tempat ikonik
  • Ultra Battery Saver
  • Ciri Privasi yang lebih kukuh
  • Notifikasi pengunaan dilatar belakang
  • Banyak lagi.

MIUI 12 akan mula ditawarkan kepada pengguna telefon pintar global mulai penghujung bulan Jun 2020.

Fasa pertama kemaskini MIUI 12 akan menyaksikan 5 model telefon pintar Xiaomi menerima MIUI 12 iaitu :

  • Mi 9 / Mi 9T / Mi 9T Pro
  • Redmi K20 / Redmi K20 Pro

Fasa kedua pula akan menyaksikan lebih banyak model menerima kemaskini MIUI 12 ini dan ianya dijangka akan berlangsung sekitar awal bulan Julai. Berikut adalah model yang akan menerima MIUI 12 didalam kumpulan fase kedua ini :

 

  • Mi 9 SE / Mi 9 Lite
  • Redmi Note 7/ Redmi Note 7 Pro / Redmi Note 7S 
  • Redmi Note 8 / Redmi Note 8 / Redmi Note 8T
  • Redmi Note 9
  • Pocophone F1 / Poco F1
  • Mi 10 Pro/ Mi 10 / Mi 10 Lite
  • Poco F2 Pro/ Poco X2
  • Mi Note 10 / Mi Note 10 Lite
  • Mi 8/ Mi 8 Pro / Mi 8 Lite
  • Mi Mix 3/ Mi Mix 2S
  • Mi Max 3
  • Redmi Y2 / Redmi S2 / Redmi Y3
  • Redmi Note 5 / Redmi Note 5 Pro
  • Redmi 6A / Redmi 6 / Redmi 6 Pro
  • Redmi Note 6 Pro
  • Redmi 7 / Redmi 7A
  • Redmi 8 / Redmi 8A / Redmi 8A Dual
  • Redmi Note 9s / Redmi Note 9 Pro / Redmi Note 9 Pro Max

Selain pengumuman MIUI 12 ini, Xiaomi juga telah mengumumkan penawaran ujian beta yang akan dibuka minggu hadapan dan pendaftaran boleh dibuat di Mi Community atau melalui platfrom sosial media rasmi Xiaomi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.