Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS 13.5 bakal hadir dengan proses FaceID yang menyokong ‘face mask’


Apple iOS 13.5 bakal hadir dengan proses FaceID yang menyokong ‘face mask’

Apple telah mula menawarkan versi Golden Master bagi kemaksini sistem operasi iOS 13.5 bersama-sama WatchOS 6.2.5 dan tvOS 13.4.5 yang merupakan versi akhir beta sebelum penawaran kepada pengguna umum pada hujung minggu ini.

Kemaskini iOS 13.5 akan membawakan versi pengesanan kontak Covid-19 yang lebih menyeluruh (mungkin hanya bagi pasaran Amerika Syarikat) dan FaceID yang kini lebih mudah untuk membuka peranti walaupun pengguna memakai pelitup muka (FaceID akan mengesan pengguna memakai topeng muka dan terus melangkah ke proses memasukan kod laluan dengan lebih cepat).

Selain daripada itu, pengguna juga menerima pelbagai kemaskini prestasi, aplikasi Mail dan panggilan Group FaceTime.

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.