Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook Pro dan Tablet ViewPad 6 dilancarkan secara rasmi dengan harga penjualan kompetitif


Honor secara rasminya telah 
memperkenalkan beberapa produk terbaru All-Scenario Smart Life bagi pasaran China dan Global seperti HONOR MagicBook Pro, HONOR ViewPad 6, HONOR Router 3, TV Honor Vision X1 dan beberapa produk rumah pintar Honor Choice.


Paling mencuri tumpuan adalah komputer riba Honor MagicBook Pro yang direka bentuk untuk golongan profesional muda dan pelajar yang mencari satu komputer riba serba lengkap pada harga yang kompetitif.

Honor MagicBook Pro hadir dengan skrin paparan 16.1-inci yang memiliki bezel nipis(4.9mm) dengan nisbah skrin kepada badan 90%.

Honor MagicBook Pro juga hadir dengan pemproses Intel Core i7-10510U (generasi ke-10), kad grafik NVIDIA GeForce MX350, 16GB RAM, 512GB SSD dan fungsi multi-screen collaboration.

Honor MagicBook Pro akan ditawarkan didalam dua varian dengan harga penjualan seperti berikut :

MagicBook Pro – i5/16GB/512GB SSD/MX350 – CNY 5,999(RM 3,666)

MagicBook Pro – i7/16GB/512GB SSD/MX350 – CNY 6,699 (RM 4,093)

Pelancaran antarabangsa Honor MagicBook Pro masih belum diumumkan namun ianya akan memasuki pasaran Rusia sekitar bulan September 2020.

Selain itu, Honor juga telah memperkenalkan Honor ViewPad 6 yang merupakan tablet pertama didunia dengan sokongan 5G dan WiFi 6+.


Honor ViewPad 6 hadir dengan pemproses Kirin 985 5G, skrin paparan FullView 10.4-inci dengan resolusi 2K, sokongan Magic-Pencil, Smart Split Screen dan kualiti bunyi stereo HD.

Berikut adalah spesifikasi penuh Honor ViewPad 6 :

  • Skrin paparan Honor FullView 2K (2000×1200)
  • 281ppi – nisbah skrin ke badan 84%.
  • Kirin 985 5G + Magic UI 3.1
  • RAM : 6/8GB
  • ROM : 64/128/256GB
  • Kamera belakang 13MP AF
  • Kamera Selfie 8MP ultrawide
  • Bateri 7,250mAh / pengecasan 10V/2.25A
  • Wi-Fi 6+.
  • Aksesori sampingan – Honor Magic-Pencil, Honor Smart KeyBoard
  • Warna : Titanium Silver, Midnight Black, Emerald Green

Honor ViewPad 6 dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa sekitar bulan Jun 2020 dan harga penjualan tablet ini juga belum diumumkan.

 Selain itu, Honor juga telah memperkenalkan tali jam EasyFit Artist Edition bagi Honor MagicWatch 2. Ianya akan ditawarkan pada harga dari CNY 229 (RM 183).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.