Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Lite akan ke pasaran Malaysia pada harga yang amat berpatutan

Honor 9X Lite Malaysia
Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 9X Lite akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Honor 9X Lite adalah model yang diperkatakan oleh sebelum ini dan dengan itu ianya disahkan akan hadir dengan tetapan dwi-kamera AI Ultra Clarity 48MP + 2MP.

Selain itu, Honor kini juga telah mendedahkan ianya akan dengan skrin paparan Ultra FullView berukuran 6.5-inci, 128GB storan dalaman dan sokongan kad microSD sehingga 512GB.

Selain itu, berdasarkan gambar Honor 9X Lite yang disertakan, telefon pintar ini dijangka hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang.

Buat masa ini masih belum ada maklumat akan bila Honor 9X Lite akan dilancarkan ke pasaran Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.