Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Boost eWallet tidak lagi akan menawarkan pemindahan baki ke akaun bank


Boost eWallet tidak lagi akan menawarkan pemindahan baki ke akaun bank

eWallet yang popular di Malaysia iaitu Boost nampaknya akan mengemaskini wallet mereka pada 18 Mei dan selepas tarikh ini, pengguna Boost tidak lagi boleh memindahkan wang dari eWallet Boost ke akaun bank.

Pemindahan wang ini tidak akan ditawarkan kepada pengguna wallet basic mahupun wallet premium dengan sebab yang dikatakan adalah untuk mengelakkan risiko transaksi tidak bertauliah kepada pihak ketiga.

Selain itu, untuk mengekalkan wallet anda sebagai wallet premium, anda harus melakukan proses pengesahan akaun dan melakukan tambah nilai minima RM 10.

Selain itu, jika anda mempunya lebih dari satu wallet premium, anda hanya boleh memilih satu akaun premium dengan akaun yang lain akan menjadi akaun wallet basic.

Akaun wallet basic yang baru selepas ini hanya akan mempunyai saiz RM 1,000 dengan perbelanjaan bulanan RM 2,000. Pengguna akaun wallet basic juga tidak akan mempunyai akses kepada ciri Send Money (P2P).

Akaun wallet premium pula akan mempunyai saiz RM 4,999 (dari RM 1,500) manakala had perbelanjaan maksima adalah RM 59,999.

Akaun wallet premium juga akan mempunyai akses eksklusif kepada perkhidmatan Sen Money (P2P).

Maklumat lanjut mengenai kemaskini terbaru Boost boleh diketahui di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.