Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40 11
3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40

Bulan Ramadhan tahun ini mungkin sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ini tidak bermaksud ianya tidak patut disambut dengan meriah.

Anda masih boleh mencuba masakan istimewa untuk berbuka puasa, mula membakar kuih Raya dan menghiasi rumah sempena hari Lebaran yang bakal tiba didalam masa kurang dari 10 hari dan setiap saat ini boleh abadikan dengan pengunaan  ciri Huawei AI Moment yang disertakan pada siri telefon pintar Huawei P40.

Dengan kebolehan artificial intelligence (AI), siri telefon pintar Huawei P40 boleh mengesan melebihi 30 sambungan skeletal pada badan subjek selain kebolehan membaca emosi seseorang berdasarkan 90 titik ekspresi pada wajah.

Ciri ini juga mengesan tujuh jenis kategori sukan, ekspresi, gambar berkumpulan dan lain-lain senario fotografi.

Ketika pengambilan gambar subjek yang bergerak, seperti lompatan, AI akan memilih gambar yang terbaik untuk anda.

Pengambilan gambar kumpulan juga lebih mudah kerana AI mampu mengecam wajah setiap subjek yang mengambil gambar yang terbaik.

Dengan siri Huawei P40, anda boleh mengambil gambar detik-detik istimewa dengan tiga langkah mudah :

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40 12

Langkah 1 : Mengaktifkan fungsi Moving Picture dan ambil gambar. Telefon Pintar Siri Huawei P40 akan merakam adengan pendek ketika penggambaran.

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40 13

Langkah 2 : Buka Photo Gallery dan cari butang ‘edit’. Dengan berdasarkan fungsi ‘Smart’, Siri Huawei P40 akan menawarkan anda tiga bingkai yang menampilkan ekspresi yang terbaik dan semulajadi. Anda boleh memilih satu daripada bingkai itu sebagai gambar kegemaran anda.

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40 14

Langkah 3 : Simpan hasil kerja anda, selepas memilih bingkai yang anda mahu, pastikan anda menyimpan tetapan ini dengan menekan ikon ‘floppy disk’ pada bahagian atas. Selepas anda melakukan langkah ini, bingkai pilihan anda akan menjadi gambar utama bagi ciri Moving Picture.

3 Cara Mudah Untuk Anda Mengambil Detik-Detik Indah Hari Raya Dengan Siri Huawei P40 15

Dengan pelbagai ciri fotografi yang menarik, siri Huawei P40 membolehkan anda mengambil adengan Hari Raya yang bermakna dengan lebih mudah.

Dapatkan siri Huawei P40 hari ini dan nikmati pelbagai hadiah percuma seperti HUAWEI CP39S SuperCharge Wireless Car Charger (bagi P40 Pro)/ HUAWEI P40 Wireless Charging Case (bagi P40),1-tahun lanjutan waranti and 1-bulan perlindungan skrin, 50GB storab HUAWEI Cloud, dan 3-bulan langganan  HUAWEI Video premium .

Pembelian boleh dibuat sekarang melalui kaedah HUAWEI Express VIP Delivery

BACA : ULASAN Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

Tontoni Video Raya ‘ HUAWEI di Hati’ di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.