Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TVC Vivo Terangi Rayamu telah menerima hampir 10 juta tontonan setakat ini


TVC Vivo Terangi Rayamu telah menerima hampir 10 juta tontonan setakat ini

Beberapa minggu lalu, vivo Malaysia telah melancarkan TVC Terangi Rayamu yang memperlihatkan cara bagaimana Hari Raya tahun ini disambut dengan Norma baharu.

Video Terangi Rayamu yang diterbitkan oleh Vivo ini telah mendapat reaksi positif pengguna di Malaysia dengan hampir 10 juta tontonan setakat ini.

TVC Vivo Terangi Rayamu yang berdurasi hampir 3 minit ini telah dimuatnaik di YouTube dan Facebook rasmi Vivo Malaysia.

Di platform YouTube Vivo Malaysia, sebanyak 6.21 juga tontonan telah direkodkan manakala di platform Facebook Vivo Malaysia, sebanyak 3.4 juta tontonan telah direkodkan.

Respons positif rakyat Malaysia kepada video Vivo Terangi Rayamu membuktikan bahawa Raya Norma Baharu adalah sesuatu yang patut diterima dan diamalkan pada musim perayaan tahun ini.

Tontoni TVC Vivo Terangi Rayamu :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.