Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN realme 6i Malaysia – peranti gaming bajet terbaik dipasaran

realme 6i Malaysia
ULASAN realme 6i Malaysia – peranti gaming bajet terbaik dipasaran

Pengenalan

selepas pelancaran realme 6, realme telah mula mengalihkan perhatian untuk membawa masuk realme 6i ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan yang lebih murah untuk pengguna. Walaupun lebih mampu milik, realme cuba untuk mengekalkan perbezaan antara realme 6i dan realme 6 pada tahap yang minima.

realme 6i merupakan model kedua didalam siri realme 6 untuk tiba ke pasaran Malaysia iaitu dan ianya hadir dengan harga penjualan yang bermula dari RM 699 iaitu bagi versi 3/64GB.

realme 6i akan hadir dengan reka bentuk yang berinspirasi dari Naoto Fukusawa yang berdasarkan kehidupan harian seperti White Milk dan Green Tea.

Berikut adalah ulasan realme 6i yang kini boleh dimiliki secara eksklusif di Shopee.

Apa yang ada dalam kotak realme 6i?

seperti telefon pintar realme yang lain dipasaran, realme 6i juga hadir didalam kotak berwarna kuning dan terdapat juga bekas silikon dan peranti juga menerima filem perlindungan skrin siap pasang dikilang. untuk info lanjut tontoni video di bawah :

 

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 27

Reka Bentuk

realme sememangnya dikenali sebagai jenama yang sentiasa unik di pasaran dan realme 6i juga tidak terkecuali walaupun telefon pintar ini adalah antara model termurah realme bagi tahun 2020.

Didalam keluarga realme 6, realme 6i merupakan satu-satunya model yang masih hadir dengan skrin paparan waterdrop yang berukuran 6.5-inci dan ianya juga hadir dengan lapisan gelas Corning Gorilla Glass 3 dan realme juga bermurah hati untuk menyertakan filem pelindung skrin yang siap dipasang.

Keunikan realme 6i adalah pada reka bentuk panel belakang yang telah mendapat sentuhan pereka bentuk terkemuka dunia iaitu Naoto Fukusawa.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 28

Naoto Fukusawa telah mereka bentuk panel belakang realme 6i dengan berinspirasikan teh hijau dan susu dengan kemasan matte seperti realme 6i yang dilancarkan awal tahun ini.

selain daripada itu, realme 6i juga hadir dengan sokongan kalis percikan air yang membolehkan telefon pintar realme 6i terselamat dari tumpahan air atau hujan yang renyai.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 29

Pada bahagian bawah, realme 6i mempunyai slot USB-C, gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mikrofon.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 30

Pada bahagian sisi kiri pula terdapat butang pelaras suara dan slot tri-SIM manakala dibahagian kanan terdapat butang kuasa manakala sensor capjari adalah pada panel belakang dan bukanya di sisi seperti realme 6 atau realme 6 Pro.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 31

Skrin Paparan

realme 6i hadir dengan skrin paparan mini-drop berukuran 6.5-inci yang menaawa resolusi HD+ 1600×720 dengan kepadatan piksel sekitar 270ppi.

Walaupun jumlah kepadatan piksel pada realme 6i ini tidak ideal, kesemua animasi dan tulisan pada telefon pintar ini adalah jelas.

Panel skrin ini adalah lebih baik berbanding generasi sebelum ini dan ianya mampu mencapai kecerahan maksima boleh 528 nits.

Panel LCD yang digunakan pada realme 6i ini meliputi 89% daripada permukaan hadapan dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3 seperti yang kami nyatakan di bahagian reka bentuk.

Secara keseluruhanya, realme 6i mempunyai skrin yang berkebolehan untuk memenuhi keperluan multimedia, sosial media dan gaming tanpa sebarang isu.

realme 6i helio G80 Malaysia

Pemproses

Jika realme 6 dilengkapi dengan pemproses Helio G90 iaitu sebagai telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan pemproses Helio G90, realme juga memberikan tumpuan khas kepada realme 6i.

realme 6i hadir dengan pemproses Mediatek Helio G80 yang mana telefon pintar ini juga mendapat penghormatan sebagai telefon pintar pertama untuk menggunakan.

Pemproses Mediatek Helio G80 hadir ke pasaran sebagai SoC yang memfokuskan kepada penawaran Gaming terbaik pada harga bajet. ianya difabrikasi melalui proses 12nm FinFET dengan 8 teras CPU.

Dua daripada CPU ini adalah Cortex-A75 yang berprestasi tinggi dengan kelajuan 2.0Ghz manakala 6 CPU lain adalah Cortex-A75 yang mempunyai kelajuan 1.8GHz.

Pada ujian AnTuTu, realme 6i yang memiliki pemproses Helio G80 ini telah mendapat 201,278 mata yang meletakkanya sebagai telefon pintar dengan prestasi terbaik pada kelas entry-level.

GPU yang disertakan bersama Helio G80 ini adalah Mali-G52 MC2 yang mampu menawarkan prestasi grafik tanpa kompromi khususnya bagi realme 6i yang hanya memiliki skrin paparan HD+.

realme 6i juga disertakan dengan dua pilihan RAM iaitu 3GB atau 4GB dengan kapasiti storan dalaman kini bermula pada 64GB dengan varian tertinggi hadir dengan 128GB.

Secara keseluruhan pemproses Helio G80 telah meletakkan realme 6i sebagai telefon pintar bajet terbaik untuk gaming dan sepanjang pengunaan kami, tiada sebarang isu yang mengganggu prestasi telefon pintar ini dilihat.

Selain itu, realme 6i juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10 dan merupakan antara telefon pintar terawal untuk hadir dengan antaramuka terbaru realme ini.

realme UI menawarkan antaramuka yang paling hampir dengan versi Android asli dan terdapat pelbagai pilihan mengubah pelbagai aspek UI ini.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 32

Kamera

seperti telefon pintar lain didalam keluarga realme 6, realme 6i juga hadir dengan tetapan quad-kamera namun sensor utama telefon pintar ini adalah 48MP (realme 6 dan 6 Pro memiliki sensor utama 64MP ).

Sensor 48MP dengan aperture f/1.8 ini juga di padankan dengan satu sensor ultrawide 8MP 119-darjah, sensor potret monokrom 2MP dan sensor makro juga pada resolusi 2MP.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 33

Selain sensor utama, realme 6i nampaknya disertakan dengan sensor kamera yang sama seperti pada realme 6 dan realme 6 Pro.

Keunggulan pemproses Helio G80 pada realme 6i nampaknya tidak dapat diteruskan pada bahagian kamera ini dan secara keseluruhannya kamera pada realme 6i adalah sedikit kurang memuaskan.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 34

kualiti imej yang diambil melalui sensor utama realme 6i adalah sesuatu yang baik walaupun tidak setanding realme 6. apabila gambar diambil pada persekitaran cahaya baik, prestasi kamera ini adalah amat baik dan dengan bantuan Chroma Boost, warna pada gambar yang anda ambil akan kelihatan lebih berseri.

Sensor 8MP yang disertakan sebagai lensa ultrawide menawarkan prestasi yang memuaskan bagi telefon pintar didalam kelas harga ini. Ketelitian imej yang diambil melalui sensor ultrawide ini tidak begitu tinggi namun anda menerima satu pakej kamera yang baik untuk telefon pintar bajet ini.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 35

Penggambaran potret pada realme 6i adalah baik dengan sensor utama 48MP mendapat bantuan daripada senor 2MP yang memberikan kesan bokeh yang baik masih ada ruang untuk memperbaiki kesan bokeh ini khususnya dibahagian helaian rambut.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 36

Sensor makro 2MP yang disertakan pada realme 6i memberikan anda fotografi jarak dekat iaitu pada jarak 4cm. Hasil gambar menggunakan sensor 2MP ini sudah pastinya sedikit pudar dan tidak begitu jelas.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 37

realme 6i juga hadir dengan mod fotografi malam yang memberikan anda pengambilan gambar waktu malam yang lebih baik.

Hasil gambar malam pada realme 6i juga baik dengan penawaran mod malam namun realme mempunyai kebolehan untuk memberikan fotografi yang lebih baik.

realme 6i juga dilengkapi dengan kamera selfie 16MP yang sama seperti realme 6 yang hadir dengan pelbagai fungsi kecantikan berdasarkan AI. Hasil gambar selfie realme 6i adalah baik apabila keadaan cahaya juga baik dan terdapat juga fungsi selfie potrait.

*contoh gambar yang diambil melalui realme 6i sedikit terhad kerana tempoh PKP 

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 38

Bateri

Selain pemproses, ini adalah kepakaran realme 6i dimana ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dan ianya juga menjadi telefon pintar mampu milik pertama realme untuk hadir dengan sokongan pengecasan 18W dan lebih penting melalui slot USB-C.

Pengecasan pantas realme 6i membolehkan bateri yang dimiliki nya mampu mencapai tahap 50% didalam masa 50 minit, ianya tidak lah sepantas teknologi pengecasan pantas lain di pasaran namun pada harga ini, ianya yang terbaik boleh anda dapati.

realme 6i Malaysia

Penutup

Secara keseluruhan, realme 6i adalah satu telefon pintar serba lengkap untuk kegunaan harian yang pasti mencukupi bagi pengguna biasa.

Walaupun bukan telefon pintar yang menawarkan prestasi kelas flaghsip, realme 6i mampu memberikan anda prestasi gaming dan jangka hayat bateri yang baik manakala prestasi kamera pula adalah memuaskan.

realme 6i kini di Malaysia dengan harga penjualan RM 699 dan penjualan pertama telefon pintar ini telah menyaksikan lebih dari 1,000 unit realme 6i habis terjual dalam masa kurang daripada 24 jam.

ULASAN realme 6i Malaysia - peranti gaming bajet terbaik dipasaran 39

realme 6i hadir didalam dua pilihan warna iaitu Green Tea dan White Milk.

beli realme 6i di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.