Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN realme 6 8GB RAM – peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip

realme 6 review malaysia

ULASAN realme 6 8GB RAM – peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip

Pengenalan

realme, jenama yang sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar realme 6 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

Apa yang menarik pada siri realme 6 tahun ini adalah perbezaan antara realme 6 dan realme 6 Pro adalah minima dan ini memberikan pengguna satu telefon pintar bajet dengan spesifikasi yang semakin hampir kepada tahap peranti flagship.

realme 6 hadir ke pasaran dengan teknologi skrin yang baru, reka bentuk yang lebih premium dan lebih penting prestasi gaming yang didakwa sebagai antara yang terbaik pada segmen harga ini.

realme 6 kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 999 (versi 4GB RAM) yang menjadikanya sebagai telefon pintar dengan skrin 90Hz paling berbaloi dipasaran.

Adakah realme 6 mempunyai potensi untuk menjadi telefon pintar terbaik didalam kelas harganya?, baca ulasan kami untuk mengetahui lebih lanjut.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 1

Buka Kotak

Setiap pembelian telefon pintar sudah pastinya bermula dengan sesi nyah-kotak dan untuk pengetahuan anda, kami telah membuat satu video buka-kotak yang memberikan anda segala info awal mengenai realme 6.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 2

Reka Bentuk

realme 6 secara asasnya masih mengekalkan pengunaan rangka plastik namun dengan kemasan yang lebih premium yang pasti memberikan pengguna keraguan samada ianya plastik atau gelas.

Insipirasi reka bentuk panel belakang adalah dari komet yang bersinar terang dan realme telah berjaya menterjemahkan reka bentuk ini dengan tepat.

realme 6 telah melalui proses teknologi optical plating yang baru dan ini membolehkan keterangan dan saturasi warna panel telefon pintar ini adalah masing-masing 60% dan 50% lebih tinggi.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 3

realme 6 dengan comet design ini hadir didalam dua kemasan warna iaitu Comet White dan Comet Blue.

Bersama-sama reka bentuk panel belakang Comet Design ini, anda pasti tidak akan terlepas pandang posisi modul kamera realme 6 ini.

Ianya menempatkan 4 sensor kamera manakala lampu flash LED mempunyai potongan berasingan pada rangka.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 4

Rangka realme 6 pula hadir didalam kemasan yang mudah dan matte dan dibahagian sisi kanan peranti, terdapat sensor capjari kapasitif pantas yang turut berfungsi sebagai butang kuasa manakala dibahagian kiri pula terdapat butang pelaras bunyi dan slot SIM + microSD

Bahagian hadapan realme 6 adalah pengalaman skrin sepenuhnya dengan reka bentuk punch-hole yang menempatkan kamera swa-foto.

Lebih lanjut mengenai skrin realme 6 ini pada bahagian seterusnya.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 5

Skrin Paparan

Pertama kali didalam siri realme ini, realme 6 hadir dengan skrin paparan HD penuh 1080p+ berukuran 6.5-inci yang sangat besar dengan bezel yang nipis dan ianya turut memiliki kepadatan piksel 405ppi.

realme 6 juga menawarkan skrin paparan seperti kelas flagship yang menawarkan kadar segar semula 90Hz dan kadar pensampelan 120Hz.

Kadar segar mula yang tinggi bermaksud skrin paparan realme 6 mampu menghasilkan 90 bingkai sesaat dan skrin 90Hz ini menawarkan pengguna hampir 50% lebih bingkai berbanding skrin paparan konvesional yang biasa hadir dengan kadar segar semula 60Hz.

Ini menawarkan pengguna satu pengalaman visual skrin yang lancar dan animasi yang lebih ‘lembut’.

Dengan skrin paparan Hole-Punch, realme 6 telah beralih dari panel skrin waterdrop yang sangat sinonim dengan telefon pintar realme dan ini juga telah membolehkan realme 6 menawarkan nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 90.5%.

realme 6 juga hadir dengan kesan lampu Punch-Hole yang mana sekeling kamera ini akan menyala ketika face unlock dan pengaktifan kamera swafoto 16MP ini.

Secara keseluruhan skrin paparan realme 6 membolehkan aktiviti gaming dan tontonan video yang lebih imersif khususnya kerana kadar segar semula skrin 90Hz yang ditawarkan.

Sebagai perlindungan tambahan kepada skrin paparan 90Hz yang ‘power’ ini, realme juga telah menyertakan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 6

Pemproses

realme 6 merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan pemproses yang memfokuskan kepada penawaran gaming terbaik iaitu Helio G90T keluaran MediaTek.

Helio G90T adalah terhasil daripada proses pembuatan 12mm FinFET. Pemproses ini terdiri daripada 2 teras berprestasi tinggi Cortex-A76 pada kelajuan 2.05GHz dan 6 teras Cortex-A55 yang berefisen tinggi dengan kelajuan 2.0GHz.

Tugas grafik realme 6 telah di pertanggungjawabkan kepada unit pemprosesan grafik Mali-G76 MC4 yang akan memberikan pengguna prestasi terbaik khususnya ketika gaming.

realme 6 yang kami terima juga disertakan dengan 8GB RAM selain 128GB storan dalaman namun anda pasti sedia maklum bahawa terdapat juga versi 4GB RAM/128GB ROM di Malaysia.

Prestasi pengunaan harian yang ditawarkan oleh realme 6 adalah sangat memuaskan dan kami tidak menghadapi sebarang isu yang menyebabkan pengalaman pengguna kami terganggu.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 7

Seperti semua model realme yang terbaru, realme 6 juga hadir dengan antaramuka terbaru realme iaitu realme UI yang berasaskan Android 10.

realme UI adalah antaramuka yang paling hampir kepada versi Android Asli dan pengguna ditawarkan pelbagai tetapan tambahan untuk mengubah visual mengikut citarasan anda dan dengan sokongan kadar segar semula 90Hz, realme UI adalah sangat lancar dan ‘lembut’ ketika pengunaan.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 8

Kamera

realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang yang mana ianya terdiri daripada satu sensor utama 64MP ISOCELL Bright GW1 yang mempunyai aperture f/1.8. Ianya menggunapakai teknologi Quad Bayer Filter yang mana 4 imej 16MP digabungkan untuk menghasilkan satu gambar berkualiti tinggi.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 9

Sensor ultrawide 8MP pada realme 6 ini memiliki lensa 119° dengan aperture f/2.3. Fungsi sensor ultrawide pada telefon pintar telah terbukti kegunaanya dan ianya menawarkan dimensi fotografi yang lebih luas.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 10

realme 6 juga disertakan dengan sensor monokrom 2MP yang mana fungsi utamanya adalah untuk membekalkan maklumat ‘depth’ penghasilan kesan bokeh terbaik pada gambar potret.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 11

sensor keempat dan yang terakhir pada realme 6 adalah sensor makro 2MP yang mana ianya menawarkan anda fotografi jarak dekat sejauh 4cm dari objek dan ianya memiliki fokus tetap. Kualiti gambar yang diambil melalui sensor makro adalah lembut dan tidak begitu tinggi kualitinya.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 12

Kualiti gambar yang diambil menggunakan sensor utama ternyata memberikan anda hasil yang baik dan jika itu tidak mencukupi, rawatan mod Chroma Boost pasti memberikan hasil gambar yang lebih padu warnanya.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 13

Mod gambar 64MP juga disertakan pada realme 6 ini namun tidak banyak perbezaan dengan mod gambar biasa.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 14

 

Mod malam realme 6 ternyata mampu menawarkan fotografi malam yang lebih namun kami tidak menguji sepenuhnya potensi mod malam ini berikutan tempoh PKP.

Bagi gambar ultrawide, kami mencadangkan anda menggunakan mod ini ketika benar-benar memerlukan dan pada keadaan cahaya yang baik. Ini kerana sensor 8MP ternyata tidak mampu menawarkan kualiti gambar yang sama seperti pada sensor utama.

realme 6 juga hadir dengan sokongan pengambilan video time-lapse, video pada resolusi sehingga 4K dan mod penggambaran pakar atau Expert.

Secara keseluruhanya, realme 6 adalah peranti fotografi yang baik dan ianya mempunyai semua ciri untuk memenuhi keperluan fotografi seorang pengguna.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 26

Bateri

realme 6 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,300mAh dan ianya juga disokong dengan pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge 4.0 dan lebih baik adalah realme menyertakan terus palam pengecas 30W ini didalam kotak.

Bercakap mengenai kadar pengecasan, peratusan pengecasan mampu mencapai tahap 70% didalam masa 30 minit sahaja manakala pengecasan penuh dilihat mampu selesai didalam masa kurang dari 60 minit.

Jangka hayat bateri yang ditawarkan oleh realme 6 adalah baik dan dengan tetapan kadar segar semula skrin secara automatik, jangka hayat bateri juga pasti lebih baik kerana peranti akan beralih antara 60fps atau 90fps mengikut keperluan peranti.

ULASAN realme 6 8GB RAM - peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip 27

Penutup

realme 6 telah terbukti sebagai telefon pintar kelas pertengahan yang mampu menawarkan pengguna prestasi pemproses dan kamera setaraf peranti flagship.

Jika anda mahu menikmati telefon pintar 90Hz pada harga yang amat berbaloi, realme 6 adalah calon telefon pintar yang patut anda pertimbangkan.

realme 6 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 999 iaitu bagi versi 4/128GB manakala versi 8/128GB pula hadir dengan harga penjualan RM 1,199 sahaja.

Pembelian realme 6 8GB RAM boleh dibuat mulai 2 Mei 2020 dan anda juga akan menikmati 6 bulan tambahan waranti secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.