Xiaomi Mi Note 10 Lite tiba di Malaysia 11 Mei ini
Xiaomi Mi Note 10 Lite tiba di Malaysia 11 Mei ini
Selain pelancaran dua lagi model didalam keluarga Redmi Note 9S, Xiaomi Malaysia telah mengesahkan bahawa Mi Note 10 Lite akan turut dilancarkan pada 11 Mei ini.
Mi Note 10 Lite hadir dengan skrin paparan yang sama seperti Mi Note 10 iaitu panel 3D Curved AMOLED berukuran 6.67-inci dan pemproses Snapdragon 730G.
Selain itu, Mi Note 10 Lite juga hadir dengan tetapan quad-kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP Sony IMX686, sensor ultra-lebar 8MP 120-darjah, sensor depth 5MP, sensor makro 2MP dan dua flash-LED.
Mi Note 10 Lite juga hadir dengan bateri berkapasiti 5,260mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 30W (0-100% dalam masa 64minit).
Mi Note 10 akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Nebula Purple, Glacier White, dan Midnight Black.
Anda boleh menonton majlis pelancaran siri Xiaomi Redmi Note 9 dan Mi Note 10 Lite di Facebook Xiaomi Malaysia pada jam 2 Petang esok!
Redmi Note 9 dan Note 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei ini