Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro kini rasmi di Malaysia dengan skrin 90Hz, Snapdragon 720G pada harga RM 1,399 sahaja

realme 6 pro malaysia

realme Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan realme 6 Pro ke pasaran Malaysia dan telefon pintar yang ditunggu-tunggu ini akan ditawarkan pada harga dari RM 1,399.

realme 6 Pro hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang menempatkan dua kamera pada lubang punch-hole iaitu satu unit 16MP f/2.0 Sony IMX471 dan satu unit 8MP dengan 105° FOV.

realme 6 Pro hadir dengan penggunaan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan GPU Adreno 618, 8GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Pada bahagian kamera, realme 6 Pro hadir dengan sensor utama 64MP, sensor telefoto 12MP f/2.5, sensor 8MP ultrawide dan sensor makro 2MP. realme 6 Pro juga hadir dengan sokongan UIS dan UIS Max Video Stabilization.

Bercakap mengenai bateri, realme 6 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti realme 6 iaitu 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

realme 6 Pro juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi dan reka bentuk panel belakang yang baru iaitu Lightning Design.

Penjualan realme 6 Pro akan bermula mulai pada tengah malam ini di Lazada iaitu bagi versi 8/128GB dan setiap pembelian akan turut hadir dengan tambahan satu tahun waranti dan 7 bekas Daily Mood Casing bernilai RM 149 secara percuma.

Penjualan offline pula akan bermula pada 16 Mei ini di semua wakil penjualm rasmi dengan promosi hadiah percuma yang sama.

baca : ULASAN realme 6 Pro Malaysia : Lebih banyak ciri flagship pada harga RM 1,399 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.