Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y30 kini di Malaysia – Skrin Ultra O, Quad-Kamera dan bateri 5,000mAh pada harga RM 899 sahaja

vivo Y30 Malaysia
vivo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo Y30 kini telah muka ditawarkan dipasaran tempatan dengan harga penjualan RM 899 sahaja.

Vivo Y30 hadir dengan skrin paparan FHD+ Ultra O berukuran 6.53-inci, pemproses octa-core berkelajuan 2.0GHz, 4GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Beralih kepada kamera, vivo Y30 juga hadir dengan tetapan Quad-Kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 13MP + sensor super ultra wide 8MP + 2MP super makro dan 2Mp sensor bokeh. Kamera selfie adalah 8MP.

Beralih kepada bateri, vivo Y30 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh (pengecasan melalui USB-C) dan Funtouch OS 10.

vivo Y30 hadir didalam dua pilihan warna iaitu Dazzle Blue dan Moonstone White dengan setiap pembelian juga akan menerima satu bungkusan hadiah percuma bernilai RM 199.

Pembelian boleh dibuat secara atas talian di Lazada, Shopee, vivo Store , kedai konsep vivo dan wakil penjual rasmi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.