Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi MIUI 12 Global ROM dilancarkan 19 Mei ini – berikut adalah senarai penuh model yang akan menerimanya

MIUI 12 global rom malaysia
Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan bhawa kemaskini antaramuka terbaru syarikat iaitu Xiaomi MIUI 12 bagi pasaran global akan dilancarkan pada 19 Mei ini.

Pengesahan rasmi ini telah dibuat melalui akaun Twitter Xiaomi dan penawaran ROM Global Xiaomi MIUI 12 ini tiba selepas ianya dilancarkan ke pasaran China penghujung bulan lalu.

Xiaomi MIUI 12 yang berasaskan Android 10 ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan antaramuka dengan reka bentuk mendatar ‘flat design’, animasi baru, mod gelap yang lebih menyeluruh dan gambar latar belakang dengan animasi yang unik.

Klik pada gambar untuk melihat animasi MIUI 12

Ketika pelancaran Xiaomi telah mengesahkan bahawa MIUI 12 akan ditawarkan pada 30 model telefon pintar sediada dan senarai ini mungkin lebih meluas dengan pelancaran beberapa model baru seperti Redmi Note 9S, Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite baru-baru ini.

Buat masa ini masih belum ada maklumat samada pelancaran pada 19 Mei bermaksud penawaran global akan bermula atau sekadar pelancaran sahaja.

Berikut adalah 30 peranti Xiaomi yang telah disahkan akan menerima MIUI 12 (model di China)

  • Xiaomi Mi 10, Mi 10 Pro dan Mi 10 Edisi Youth
  • Xiaomi Mi 9 Pro 5G, Mi 9 Edisi Lutsinar dan Mi 9
  • Redmi K30 Pro Zoom, Redmi K30 Pro, Redmi K30 5G dan Redmi K30
  • Redmi K20 Pro Premium, Redmi K20 Pro dan Redmi K20
  • Xiaomi Mi Mix 3, Mi Mix 2s
  • Xiaomi Mi CC9 Pro, Mi CC9, Mi CC9 Edisi Meitu dan Mi 9 SE
  • Xiaomi Mi 8 UD, Mi 8 Edisi Lutsinar, Mi 8
  • Redmi Note 8 Pro, Redmi Note 7 Pro, Redmi Note 7
  • Xiaomi Mi CC9E
  • Xiaomi Mi Note 3
  • Xiaomi Mi Max 3
  • Xiaomi Mi 8 Lite dan Mi 8 SE
  • Xiaomi Mi Mix 2
  • Xiaomi Mi 6X
  • Redmi Note 8, Redmi 8 dan Redmi 8A
  • Redmi 7 dan Redmi 7A
  • Redmi 6 Pro, Redmi 6 dan Redmi 6A
  • Redmi Note 5
  • Redmi S2

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.