Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apakah Carian Online Tertinggi oleh Rakyat Malaysia Ketika PKP

Sejak bulan Mac, kadar kes Covid-19 di Malaysia telah menunjukkan peningkatan drastik yang menyebabkan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selepas pengumuman rasmi dibuat, pembelian panik telah bermula dan stok barang keperluan habis dikebanyakkan tempat.

Kebanyakkan pengguna di Malaysia juga menyedari bahawa tempoh PKP mungkin dilanjutkan untuk tempoh yang panjang dan pengguna telah mula membeli barangan keperluan harian dan lain-lain keperluan secara atas talian.

Kajian hampir 900,000 pelawat iPrice Malaysia memberikan kita petunjuk jelas tentang apakah carian di internet oleh rakyat Malaysia sepajang tempoh PKP (18 Mac – 17 April 2020).

Peratusan carian yang diperoleh semasa tempoh PKP ini telah dibandingkan dengan tempoh sebelum PKP.

  1. 648% peningkatan didalam carian pelitup muka ( klinikal dan N95)
  2. 347% peningkatan dalam carian alat permainan dewasa
  3. 79% peningkatan dalam carian alat ujian kesuburan
  4. 61% peningkatan dalam carian kondom
  5. 17,652% peningkatan dalam carian alat gunting rambut
  6. Alat kelengkapan dapur – pembuat roti 7,587%, mesin pengadun – 3,048%, Air Fryers – 2,029%, ketuhar – 1,058%
  7. Permainan video Animal Crossing bagi Nintendo Swith menerima peningkatan carian sebanyak 17,427%
  8. Pencarian Konsol Nintendo Switch menunjukkan peningkatan 1,064%
  9. Ketika tempoh PKP, carian bagi komputer riba dan komputer adalah tinggi namun carian bagi tablet mengatasi carian kedua-dua peranti tersebut dengan peningkatan 1,125% (peningkatan carian bagi komputer riba adalah 299%).
  10. Kecergasan juga dititikberatkan sepanjang tempoh PKP dengan carian bagi tali skipping dan tikar yoga menunjukkan peningkatan sebanyak 4,528% dan 2,016%.

Secara keseluruhanya carian rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP memberikan pelbagai data yang tidak disangka namun tidak dapat dinafikan ianya adalah tepat.

sumber

More Stories

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.