Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme kekal sebagai 7 syarikat telefon pintar terbaik dunia pada suku pertama 2020


Menurut laporan terbaru Counterpoint mengenai pegangan pasaran telefon pintar pada suku pertama 2020 telah menunjukkan bahawa realme berjaya kekal didalam 7 syarikat telefon pintar terbaik dunia.

realme telah memasuki kedudukan 7 terbaik dunia pada suku ke-3 2019 dan Counterpoint juga telah mengesahkan bahawa suku pertama 2020 adalah penurunan paling tinggi bagi pasaran telefon pintar dengan penurunan 13% berbanding suku pertama 2019.

Walaubagaimanapun realme adalah antara jenama yang telah mencatatkan pertumbuhan iaitu hampir 157% berbanding suku yang sama tahun 2019 dan ini membolehkan syarikat ini kekal sebagai syarikat telefon pintar yang mencatakan pertumbuhan tertinggi didunia.

Pada suku pertama 2020, pegangan pasaran telefon pintar global realme kini adalah 2% dan pencapaian ini adalah sesuatu yang amat membanggakan kerana syarikat ini ditubuhkan kira-kira 2 tahun lalu.

setakat ini, realme telah memasuki 27 pasaran utama dunia.

Xiaomi mencatatkan pertumbuhan 9% pada suku pertama walaupun kesan pandemik Covid-19

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.