Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A51 (8GB RAM) akan ditawarkan mulai 8 Mei ini pada harga RM 1,399 sahaja


Samsung Mobile telah mengumumkan bahawa Galaxy A51 (8GB RAM) akan mula ditawarkan di Malaysia dari 8 Mei dengan harga penjualan RM 1,399.

Samsung Galaxy A51 sebelum ini telah ditawarkan dipasaran Malaysia pada harga RM 1,299 namun ianya adalah bagi versi 6GB RAM sahaja.

Mengulas kembali spesifikasi Samsung Galaxy A51 ini, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Exynos 9611 dan 128GB storan dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy A51 hadir dengan sensor utama 48MP f/2.0 + sensor ultrawide 8MP f/2.2 + sensor depth 5MP f/2.2 dan sensor makro 5MP f/2.4 manakala kamera swafoto pada Galaxy A51 adalah 32MP.

Selain itu, Samsung Galaxy A51 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas 15W, sensor capjari dalam skrin, Game Booster, Dwi-SIM dan NFC.

Samsung Galaxy A51 (8GB RAM) akan ditawarkan mulai 8 Mei ini melalui Samsung eStore, Samsung Experiences Store dan wakil penjual rasmi pada harga RM 1,399 sahaja.

Samsung Galaxy A51 ini akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Prism Crush Black, Prism Crush White and Prism Crush Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.