Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Menara @celcom Bercahaya Biru Sebagai Penghormatan Kepada Petugas Barisan Hadapan Sempena Kempen #LightItBlue

@celcom #LightItBlue

Menara @celcom Bercahaya Biru Sebagai Penghormatan Kepada Petugas Barisan Hadapan Sempena Kempen #LightItBlue


Sebagai
tanda penghargaan kepada jutaan petugas barisan hadapan dan pekerja penting wabak Covid-19, ibu pejabat Celcom Axiata Berhad iaitu ‘@celcom’ (disebut “At Celcom”) menerangi cakrawala Petaling Jaya (PJ) dengan lampu biru, sebagai sebahagian daripada inisiatif #LightItBlue Malaysia dan global.

Usaha ini bertujuan untuk mewujudkan momen solidariti dan sokongan sejagat, di saat keadaan yang mencabar dengan tempoh  pengasingan dan ketidakpastian yang membimbangkan.

@celcom akan diterangi dengan cahaya biru dari 30 April hingga 3 Mei 2020 dari jam 10 malam hingga subuh. Layar LED besar di@celcom dan papan digital lain juga akan memaparkan mesej sokongan – ‘Terima Kasih Kerana Menjaga Kami’ dan hati biru yang bersinar bersama tanda pagar #LightItBlue bersama Celcom.

Kempen ini juga mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia dan pelanggan Celcom untuk turut serta dengan berkongsi gambar mereka dengan orang tersayang dan hati biru serta tanda pagar#LightItBlue bersama Celcom di platform sosial masing-masing.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom mengambil kesempatan ini sebagai tanda penghormatan dan ‘terima kasih’ kepada para pahlawan yang mendepani virus tersebut di hospital dengan segala cara yang mungkin, dan mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi garis panduan sosial baru melalui inisiatif #StaySafe.

Selama berbulan-bulan, petugas barisan hadapan dan pekerja sektor penting di seluruh Malaysia terus berani menghadapi pertempuran COVID-19, mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan kita. Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menunjukkan rasa bersyukur kami; oleh itu, kami sampaikan penghargaan ini melalui inisiatif global #LighItBlue.

“Pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan, memberi harapan bahawa semangat kemanusiaan membolehkan kita mengharungi ini bersama.

Petugas barisan hadapan memberi kita lebih daripadaharapan dan peluang untuk memerangi dan mengecilkan lekunganwabak tersebut.

Mereka adalah barisan pertahanan utama kita, dan perjuangan bukannya ditentukan dengan kesukaran yang kita dihadapi, sebaliknya ia diperlihatkan melalui cara kita memberikan kerjasama kepada mereka.

Mari bersama-sama menghargai jasa dan menceriakan hari mereka. #LightItBlue bersama Celcom, ” tambahbeliau.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi Facebook atau Instagram Celcom untuk kempen #LightItBlue bersama Celcom.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.