Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Reno3 bakal memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat

Siri Oppo Reno3 bakal memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat 3
Siri Oppo Reno3 bakal memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat

Oppo kini telah mengumumkan bahawa siri Oppo Reno 3 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi dan pengesahan ini tiba selang beberapa hari selepas Oppo A92 dan TWS Oppo Enco W31 dilancarkan di Malaysia.

Siri Oppo Reno adalah peranti yang sentiasa mendapat sambutan luar biasa di Malaysia dan dengan pelancaran siri Reno3, pasti ramai yang tidak sabar untuk mendapatkanya.

Siri Oppo Reno sudah terkenal dengan teknologi fotografinya dan Oppo Reno3 dan Oppo Reno3 Pro juga akan membawakan teknologi fotografi yang terbaik.

Berdasarkan gambar yang disertakan pada emel media, Oppo Reno3 Pro bakal hadir dengan skrin paparan punch-hole yang menempatkan tetapan dwi-kamera selfie manakala dibahagian belakang terdapat sensor quad-kamera.

Buat masa ini Oppo belum mendedahkan bila Siri Oppo Reno3 akan memasuki pasaran Malaysia namun ianya mungkin tiba didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.