Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stok Samsung Galaxy Z Flip habis dijual dalam masa kurang 24 jam sahaja

Stok Samsung Galaxy Z Flip habis dijual dalam masa kurang 24 jam sahaja 1
Stok Samsung Galaxy Z Flip habis dijual dalam masa kurang 24 jam sahaja

Telefon pintar foldable kompak Samsung iaitu Galaxy Z Flip telah dibuka untuk pra-tempahan hari ini dan kurang 24 jam selepas pra-tempahan dibuka, semua stok telefon pintar ini telah habis dijual.

Ini merupakan kali kedua Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan di Malaysia selepas penjualan pertama juga menyaksikan kesemua unit habis didalam masa yang singkat.

Walaupun mengesahkan kehabisan stok bagi telefon pintar yang bernilai RM 5,888 ini, Samsung tidak mendedahkan jumlah unit yang terjual.

Bagi anda yang berjaya memiliki Galaxy Z Flip, penghantaran dijangka akan dibuat didalam masa 5 hari sahaja.

Selain di Malaysia, Samsung Galaxy Z Flip juga telah mendapat sambutan yang menggalakan di pasaran Korea, Singapura, China dan banyak lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.