Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Mei


Selepas realme 6, realme Malaysia kini telah mengesahkan bahawa realme 6 Pro akan memasuki pasaran tempatan pada 11 Mei ini.

Pelancaran realme 6 Pro ini diumumkan selepas grand final pertandingan PUBG ‘realme 6 Tournament’ yang menawarkan hadiah bernilai RM 10,000.

realme 6 Pro hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.6-inci dengan kadar segar semula 90Hz yang menempatkan dua kamera pada lubang punch-hole iaitu satu unit 16MP f/2.0 Sony IMX471 dan satu unit 8MP dengan 105° FOV.

realme 6 Pro hadir dengan penggunaan pemproses Snapdragon 720G yang dipadankan dengan GPU Adreno 618 dan dua kapasiti RAM iaitu 6GB atau 8GB.

Pada bahagian kamera, realme 6 Pro hadir dengan sensor utama 64MP, sensor telefoto 12MP f/2.5, sensor 8MP ultrawide dan sensor makro 2MP. realme 6 Pro juga hadir dengan sokongan UIS dan UIS Max Video Stabilization.

Bercakap mengenai bateri, realme 6 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang sama seperti realme 6 iaitu 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W.

realme 6 Pro juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi dan reka bentuk panel belakang yang baru iaitu Lightning Design.

pelancaran realme 6 Pro di Malaysia akan bersiaran langsung di Facebook realme Malaysia.

Lihat video buka kotak realme 6 Pro di bawah:

ULASAN realme 6 8GB RAM – peranti midrange dengan prestasi kamera dan gaming kelas flaghsip

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.