Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Panggilan Video Huawei MeeTime kini ditawarkan pada Huawei MatePad Pro


Ciri Panggilan Video Huawei MeeTime kini ditawarkan pada Huawei MatePad Pro

Salah satu ciri menarik yang diumumkan bersama pelancaran siri Huawei P40 dan Huawei MatePad Pro adalah fungsi panggilan video Huawei MeeTime yang dilihat sebagai pencabar kepada Apple FaceTime.

Huawei MeeTime adalah mod panggilan video antara peranti Huawei dan kini Huawei MatePad Pro telah mula menerima kemaskini EMUI 10.1 yang menawarkan fungsi panggilan video ini.

Huawei MeeTime adalah fungsi panggilan video yang membolehkan panggilan video dibuat didalam resolusi 1080p namun dengan pengunaan data yang lebih rendah.

Selain itu, Huawei MeeTime juga membenarkan perkongsian skrin ‘Screen Sharing’, kualiti video yang terang dalam keadaan low-light dan banyak lagi.

Saiz kemaskini EMUI 10.1 bagi Huawei MatePad Pro adalah 4.55GB.

Selain Huawei MatePad Pro dan siri Huawei P40, semua peranti Huawei yang menerima kemaskini EMUI 10.1 akan menerima fungsi MeeTime.

Huawei MatePad Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,399.

Pakej Bundle Huawei MatePad Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,898 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.