Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej Bundle Huawei MatePad Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,898 sahaja

Huawei Online Store akan meraikan ulang tahun ke-6 minggu ini dengan pelbagai tawaran menarik yang tidak patut dilepaskan.

Huawei Online Store raikan ulang tahun ke-6 dengan promosi menarik dan penjualan kilat serendah 0.60 sen sahaja

Sempena ulang tahun ke-6 Huawei Online Store ini, Huawei juga telah mengumumkan penawaran pakej bundle Huawei MatePad Pro yang akan ditawarkan pada harga penjualan yang lebih murah.

Tablet terbaik Android daripada Huawei ini akan hadir dengan harga penjualan RM 2,898 sahaja yang mana dengan pakej bundle ini anda akan menerima Huawei Smart Magnetic Keyboard dan Huawei M-Pencil ( Harga asal RM 3,197).

Sejak memasuki pasaran Malaysia, Huawei MatePad Pro telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan harga penjualan dari RM 2,399 sahaja.

Pastikan anda tidak terlepas tawaran menarik ini kerana ianya hanya akan ditawarkan dari 29 April hingga 7 Jun sahaja.

Selain itu, setiap pembelian pakej bundle Huawei MatePad Pro ini juga akan menerima tawaran dan promosi eksklusif yang bernilai sehingga RM 3,999 melalui Huawei Member Centres ( first come first serve).

Dapatkan Huawei MatePad Pro sekarang di : Huawei Online Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.