Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6 8GB RAM kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 1,119

realme Malaysia secara rasminya telah Melancarkan realme 6 versi 8GB RAM ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan RM 1,199

realme 6 hadir dengan skrin paparan LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Panel skrin ini adalah jenis punch-hole yang menempatkan kamera selfie 16MP f/2.0.

realme 6 8GB RAM

realme 6 juga menjadi telefon pintar pertama realme untuk hadir dengan pemproses MediaTek Helio G90T yang dikhaskan untuk gaming dengan GPU Mali G-76 MC4

realme 6 hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu satu sensor 64MP Samsung ISOCELL Bright GW1, sensor ultra-lebar 8Mp f/2.3, sensor makro 2MP dan sensor B&W 2MP khas untuk potret.

Beralih kepada storan dalaman, realme 6 hadir dengan  memori jenis UFS 2.1 iaitu 128GB dan terdapat juga slot microSD. Bateri pada realme 6 adalah 4,300mAh dengan pengecasan pantas 30W.

realme 6 juga disertakan dengan realme UI yang berasaskan Android 10, sensor capjari pada bahagian sisi.

realme 6 versi 8GB RAM akan mula ditawarkan di Malaysia mulai 2 Mei ini dengan penjualan di Lazada dan semua wakil pengedar sah.

Setiap pembelian realme 6 8GB RAM ini akan hadir dengan  tambahan 6 bulan lanjutan waranti.

beli realme 6 di Lazada

realme 6 kini sedang menganjurkan pertandingan eSukan pertama mereka iaitu realme 6 Tournament yang menawarkan wang tunai bernilai RM 10,000 dan 1 unit realme 6.

anda boleh menonton siaran langsung pertandingan realme 6 Tournament ini di facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.