Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi MySejahtera menawarkan penilaian kesihatan diri dan maklumat terkini Covid-19


Kes COVID19 di Malaysia sudah menunjukkan penurunan sejak beberapa hari kebelakangan ini namun masih terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan bahawa kita telah memenangi peperangan ini.

Pujian harus diberikan kepada Kementerian Kesihatan dan barisan hadapan kita yang telah mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19.

Usaha KKM ini juga telah meletakkan Malaysia sebagai antara penyedia rawatan Covid-19 terbaik didunia dengan kadar kematian hanya sekitar 1.6%.

Tindakan dan kawalan mesti diteruskan bagi memastikan penularan wabak ini dapat terus dikawal dan pastikan kita sentiasa patuh kepada arahan PKP dan teruskan duduk dirumah.

Kerajaan Malaysia telah melancarkan aplikasi MySejahtera yang memberikan pengguna penilaian risiko dan kesihatan kendiri dari masa ke semasa selain status hotspot di kawasan anda melalui aplikasi ini.

Antara ciri yang ditawarkan pada aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:

  • lokasi Hotspot
  • Menguruskan tanggungan (ahli keluarga)
  • Lokasi pusat saringan Covid-19 yang berhampiran
  • Nombor Hotline Covid-19
  • Khidmat Nasihat Kesihatan Virtual
  • Perkhidmatan Ujian Covid-19 di Rumah (Berbayar)
  • Check-In

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan statistik terkini wabak Covid-19 di Malaysia(mengikut negeri) mahupun diperingkat dunia dengan lebih mudah.

Muaturun aplikasi MySejahtera mengikut platform :

MySejahtera IOS

MySejahtera Android

MySejahtera Huawei AppGallery

Sumber CPRC KKM

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.