Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy Note 20 dilaporkan akan hadir dengan Snapdragon 865+ dan bateri sehingga 5,000mAh


Siri Samsung Galaxy Note 20 dilaporkan akan hadir dengan Snapdragon 865+ dan bateri sehingga 5,000mAh

Selepas menyelesaikan pelancaran Siri Samsung Galaxy S20, Samsung nampaknya sudah mula mengarahkan tumpuan kepada pengganti Samsung Galaxy Note10 iaitu Samsung Galaxy Note 20  dan pelancaran telefon pintar ini juga dilaporkan tidak akan ditunda walaupun dunia dilanda wabak Covid-19.

Laman Galaxy Club melaporkan bahawa Samsung Galaxy Note20 akan hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh manakala Galaxy Note20+ mungkin memiliki bateri sekitar 4,500 atau 5,000mAh seperti pada Galaxy S20 Ultra.

Buat masa ini tidak banyak info mengenai siri Galaxy Note2 namun ianya dijangka akan hadir dengan Android 10, 8GB RAM dan pemproses Snapdragon 865+ (bagi pasaran tertentu sahaja).

Dengan keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19, pasaran telefon pintar dijangka akan melalui fasa yang mencabar sepanjang tahun ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.