Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pengguna Siri Huawei P40 kini boleh menikmati 3 bulan langganan premium Huawei Video , 1 bulan percuma bagi pengguna Huawei yang lain

Pengguna Siri Huawei P40 kini boleh menikmati 3 bulan langganan premium Huawei Video , 1 bulan percuma bagi pengguna Huawei yang lain

Perkhidmatan penstriman video-on-demand (VOD) Huawei Video kini menawarkan pengguna peranti Huawei di Malaysia tontonan pek Premium  secara percuma mulai hari ini.

The Premium Experience Pack comprises video content from TVB, Mango TV, Qello Concerts by Stingray and The Explorers channels.

Pek yang dikenali sebagai Premium Experience Pack ini mengandungi kandungan video dari TVB, Mango TV, Konser Qello oleh Stingray dan siara The Explorers.

Semua pengguna peranti Huawei kini boleh menebus satu bulan langganan percuma premium  bagi siaran konsert Qello oleh Stingray dan The Explorers manakala pengguna Siri Huawei P40 dan Huawei MatePad Pro pula akan menikmati 3 bulan langganan premium secara percuma (penebusan hanya dengan membuka aplikasi Huawei Video).

 Huawei Video telah mula menawarkan perkhidmatan penstriman video di Malaysia sejak bulan lalu dan ianya menampilkan pelbagai video tempatan dan antarabangsa yang termasuk drama, filem, siri TV, berita, sukan, dokumentari, rancangan kanak-kanak dan banyak lagi.

With the Premium Experience Pack, viewers can enjoy ad-free, full-length HD video content across the four video channels below.

Dengan Premium Experiences Pack, penonton dapat menikmati penstriman video tanpa iklan didalam resolusi HD.

Tempoh penebusan langganan premium bagi Qello Concerts by Stingray dan The Explorers kini bermula sehingga 30 Jun 2020 dan tempoh percubaan akan dikira dari tarikh anda melanggan.

Bagi Mango TV pula, semua pengguna Huawei Video akan menikmati Mango TV secara percuma sehingga 20 Julai 2020.

Selepas tempoh percubaan ini tamat, langganan bulanan bagi ketiga-tiga saluran premium ini adalah seperti berikut.

Mango TV – RM 9.90/bulan

The Explorers – RM 12.90/bulan

Qello Concerts By Stingray – RM15.00/bulan

TVB – percuma

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.