Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Malaysia lanjutkan waranti bagi peranti yang tamat waranti semasa PKP


Lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah sesuatu yang penting untuk memastikan rantaian penularan wabak Covid-19.

Selepas hampir sebulan terkekang pergerakan di rumah pasti ramai pengguna Honor menghadapi masalah tuntutan waranti bagi telefon pintar atau produk mereka.

Menyedari perkara ini, Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa semua produk Honor yang akan tamat warantinya di antara 18 Mac hingga 30 Mei 2020 akan menerima lanjutan waranti secara automatik sehingga 31 Mei 2020.

 Lanjutan waranti ini adalah bagi liputan waranti biasa, waranti penggantian skrin dan 7 hari penggantian telefon pintar (dari tarikh pembelian) dan banyak lagi.

Walaupun tempoh PKP ini adalah sesuatu yang sukar, Honor Malaysia komited untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pengguna manakala pembelian produk Honor masih boleh dibuat secara atas talian di Hihonor.

Jika terdapat sebarang isu dengan peranti, pelanggan boleh mendapatkan bantuan melalui bantuan servic yang disenaraikan dibawah dan kes anda akan direkodkan untuk tindakan susulan.

Jika kes anda diterima, pelanggan boleh menghantar peranti mereka ke pusat servis didalam masa 3 hari selepas operasi disambung semula (selepas PKP).

 HONOR’s 1-to-1 Service Assistance

1. Hotline 1800-22-0086 (9pagi – 9malam)

2. Live Chat (9pagi – 6petang)

3. Facebook (9pagi – 6petang)

4. WhatsApp 012-6855652 (9pagi – 6petang)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.