Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus Malaysia umum waranti percuma 30 hari bagi peranti yang tamat waranti ketika tempoh PKP


Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah berkuatkuasa sejak 18 Mac yang lalu adalah sesuatu baru dan tidak pernah kita hadapi sebelum ini.

Keadaan ini adalah amat mencabar bagi semua pihak tidak kira individu mahupun syarikat namun pelbagai usaha telah diambil untuk sedikit sebanyak meringankan kesan PKP ini kepada pengguna di Malaysia terutamanya.

Terbaru Asus Malaysia telah mengumumkan bahawa semua produk Asus dan Asus ROG yang mana waranti mereka tamat ketika tempoh perintah kawalan pergerakan ini akan menerima lanjutan waranti selama 30 hari secara percuma.

Lanjutan waranti ini akan berkuatkuasa serta merta selepas tempoh perintah kawalan pergerakan ditamatkan.

Ini bermaksud setiap produk Asus yang tamat tempoh didalam tempoh PKP ini akan menerima liputan waranti rasmi Asus Malaysia tanpa sebarang persoalan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.