Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G

OnePlus 8 Pro malaysia
OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan Siri OnePlus 8 yang terdiri daripada dua model iaitu OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro yang hadir dengan tag harga yang jauh berbeza dari jolokan ‘flaghsip killer’ yang sinonim dengan syarikat ini ketika pelancaran generasi pertama OnePlus.

Ini adalah realiti yang harus dihadam sejak beberapa tahun kebelakangan ini dimana OnePlus kini lebih kepada satu jenama telefon pintar premium.

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 17

OnePlus 8 Pro

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 18

OnePlus 8 Pro hadir ke pasaran dengan skrin paparan punch-hole Fluid AMOLED berukuran 6.78-inci dan ianya memiliki kadar segar semula 120Hz dengan resolusi FHD+, HDR10+ dan banyak lagi yang akan meningkatkan pengalaman skrin 120Hz ini.

OnePlus 8 Pro juga menjadi telefon pintar syarikat ini untuk hadir dengan pensijilan kalis air IP68 selain pengecasan tanpa wayar 30W Warp Charge (0-50% dalam masa 30 minit).

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 19

OnePlus 8 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,510mAh dan terdapat juga pengecasan pantas 30W Warp Charge 30T yang mampu mencapai tahap 50% dalam masa 23 minit sahaja.

OnePlus 8 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 865 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.0

OnePlus 8 Pro juga disertakan dengan sokongan 5G dan WiFi-6.

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 20

Beralih kepada kamera, OnePlus 8 Pro hadir dengan tetapan quad-kamera dengan dua sensor 48MP selain satu sensor telefoto dan satu sensor penapis warna yang menawarkan pelbagai kesan warna yang menarik.

Sensor utama 48MP yang digunakan adalah Sony IMX689 yang menawarkan pemfokusan omni-directional, OIS, EIS dan rakaman video 4K pada kadar 60fps.

Sensor 48MP yang kedua pula adalah lensa ultrawide 120° yang turut menawarkan pengambilan gambar makro pada jarak 3cm.

Sensor ketiga adalah unit telefoto 8MP yang memiliki aperture f/2.44 dan turut mempunyai OIS. Kamera selfie yang ditawarkan pada OnePlus 8 Pro adalah 16MP Sony IMX471.

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 21

OnePlus 8 Pro versi 8/128GB akan ditawarkan pada harga $899 manakala versi 12/256GB pula hadir dengan harga $999.

Ianya hadir didalam warna Ultramarine Blue, Clacial Green dan Onyx Black.

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 22

OnePlus 8

OnePlus 8 pula hadir dengan skrin paparan 90Hz 1080p+ berukuran 6.55-inci yang turut memiliki reka bentuk punch-hole selfie (swafoto 16MP) yang menawarkan sokongan HDR10+ seperti pada Pro.

Seperti OnePlus 8 Pro, varian ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865 yang memiliki kapasiti RAM (LPDDR4X) dan storan yang sama selain sokongan 5G dan Wi-Fi 6.

OnePlus 8 hadir dengan kamera utama 48MP Sony IMX586 yang tiada pemfokusan auto omni-directional namun masih mempunya OIS+EIS.

Sensor ultrawide 166° pada OnePlus 8 adalah unit 16MP dengan sensor makro 2MP juga disertakan.

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 23

OnePlus 8 hadir dengan bateri berkapasiti 4,300mAH yang menyokong pengecasan pantas 30W Warp Charge 30T (0-50% dalam masa 22 minit) namun tiada sokongan pengecasan tanpa wayar.

OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan gerak balas haptic untuk pengalaman gaming yang lebih baik.

OnePlus 8 akan pada harga $699 (RM3,028) bagi versi 8/128GB manakala versi 12/256GB pula akan ditawarkan pada harga $799 (RM 3,461).

OnePlus 8 Pro & OnePlus 8 kini rasmi dengan skrin 120Hz, SD865 dan 5G 24

OnePlus 8 hadir didalam tiga warna iaitu Interstellar Glow, Glacial Green dan Onyx Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.