Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6i Malaysia – Sensor Quad-Kamera 48MP AI berkelas flagship


realme 6i Malaysia – Sensor Quad-Kamera 48MP AI berkelas flagship

Semangat Dare To Leap yang dipraktikkan oleh realme adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal dengan setiap telefon pintar yang dilancarkan sentiasa menawarkan pengguna dengan kepuasan penggunaan terbaik bagi kelas harganya.

realme yang kini merupakan jenama telefon pintar yang paling berkembang pesat dalam pasaran telefon pintar dunia kini tampil dengan satu lagi tawaran baharu untuk pengguna di Malaysia.

Susulan daripada kejayaan yang dikecapi realme 6 yang telah mula ditawarkan di Malaysia baru-baru ini, realme Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa satu lagi telefon pintar syarikat ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan dan tidal lain tidal bukan adalah realme 6i.

realme 6i adalah model telefon pintar yang nampaknya bakal memberi cabaran kepada model telefon pintar yang mempunyai harga lebih tinggi.

realme 6i merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan tawaran cip pemproses MediaTek Helio G80 tersedia yang sudah pasti menawarkan pretasi terbaik pada kelas harga ini.

Apabila bercakap sahaja mengenai telefon pintar realme, aspek fotografi yang ditawarkan pada telefon pintar syarikat ini semestinya menonjol dan realme sentiasa bersedia untuk menawarkan ‘lebih’ daripada apa yang pelanggan bayar.

realme 6i juga tidak terkecuali daripada perkara ini dan telefon pintar ini juga membawakan tetapan Quad-Kamera AI 48MP yang menjadikan semua telefon pintar siri realme 6 hadir dengan tetapan 4 kamera di belakang.

Sensor Utama 48MP Quad-Bayer

realme 6i disertakan dengan sensor utama 48MP dan aperture lebar f/1.8. Ianya menggunapakai teknologi Quad-Bayer 4 dalam 1 yang mana 4 imej yang sama digabungkan menjadi satu imej besar dengan resolusi dan kualiti imej yang lebih baik (Intelligent Pixel Binning).

Sensor Ultra-sudut-lebar 8MP 119°

Menyedari kepentingan sensor ultra-sudut-lebar pada telefon pintar, realme 6i turut dilengkapi dengan sensor ultra-wide angle 8MP f/2.25 yang memiliki field of view 119°. Untuk beralih kepada penggunaan lensa wide-angle hanya satu ketikan diperlukan dan ini memberikan anda perspektif penggambaran yang lebih luas untuk mengambil gambar landskap, arkitektur menarik dan penggambaran berkumpulan.

Sensor Makro – Penggambilan gambar dengan jarak sedekat 4 cm

sejak sensor makro di perkenalkan pada telefon pintar, pengguna kini diberikan satu sudut fotografi yang lebih unik dengan eksplorasi kecantikan dunia mikro kini satu kemungkinan dengan jarak penggambaran hanya 4cm dari subjek. realme 6i juga disertakan dengan sensor makro 2MP yang memberikan pengguna kebebasan untuk menggunakan ciri ini apabila diperlukan.

Sensor Potret B&W

Lensa potret B&W (hitam & putih) juga ditawarkan pada telefon pintar realme 6i ini dan sensor ini hadir dengan sistem penapisan warna yang baru yang membolehkan ianya mengesan tahap cahaya dan membantu lensa utama untuk mengambil gambar yang mempunyai kecerahan yang tinggi, gaya-retro dan menambah ketelitian pada gambar potret.


Fotografi malam terbaik pada realme 6i dengan mod NightScape

Walaupun hadir sebagai telefon pintar mampu milik, realme 6i juga disertakan dengan mod penggambaran waktu malam yang kebiasaanya hanya dimiliki oleh telefon pintar kelas flagship.

Flagship atau tidak, realme sentiasa berusaha untuk menawarkan mod malam NightScape ini pada pelbagai model telefon pintar mereka.

Kamera Swafoto AI 16MP

Selain kamera 48MP AI dibahagian belakang, realme juga memberikan tumpuan khas bagi kamera swafoto pada realme 6i. Ianya telah dilengkapi dengan sensor 16MP f/2.0 yang mempunyai teknologi four-in-one pixel supaya setiap gambar selfie yang diambil adalah berbeza.

Kamera swafoto realme 6i ini juga dibantu dengan algoritma AI Beauty yang dibangunkan secara eksklusif oleh realme.

Dengan penawaran pakej kamera yang serba lengkap pada realme 6i, telefon pintar ini dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ianya memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Nantikan pelancaran realme 6i di Malaysia tidak lama lagi dan pastikan anda kekal di dalam rumah dan #stayREALatHome

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.