Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pra-tempah Telefon Pintar Fotorgrafi Terbaik Dipasaran iaitu Siri Huawei P40 dari keselesaan rumah anda dan dapatkan hadiah percuma bernilai RM 1,300 termasuk Huawei FreeBuds 3


Walaupun perintah kawalan pergerakan telah berkuatkuasa sejak 18 Mac yang lalu, Huawei mengambil langkah berani untuk memperkenalkan telefon pintar Siri Huawei P40 ke pasaran Malaysia awal bulan ini.

Huawei P40 dan Huawei P40 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,799 dan RM 3,899 yang mana kedua-duanya hadir dengan teknologi kamera yang boleh dianggap terbaik dipasaran.

Tidak setakat teknologi fotografi yang terbaik, Siri Huawei P40 ini juga hadir dengan sokongan rangkaian 5G yang menjamin pengunaan jangka masa panjang.

Pra tempahan bagi Huawei P40 dan Huawei P40 Pro kini telah dibuka iaitu sehingga 10 April dengan hadiah percuma bernilai RM 1,300 turut disertakan. Hadiah percuma adalah seperti berikut :

Huawei P40 Pro : FreeBuds 3, pengecas Wireless Car SuperCharge, 50GB storan Cloud (12 bulan), 1 tahun tambahan waranti, 1 bulan waranti perlindungan skrin, 3 bulan langganan Huawei Video.

Huawei P40 : Huawei FreeBuds 3, bekas pengecasan tanpa wayar, 50GB storan Cloud (12 bulan), 1 tahun tambahan waranti, 1 bulan waranti perlindungan skrin, 3 bulan langganan Huawei Video.

Siri Huawei P40 – terbaik didalam fotografi, terbaik didalam perhubungan

Huawei telah menambahbaik pengunaan komponen dalaman Huawei P40 dan Huawei P40 Pro yang mana anda boleh ketahui ciri-ciri utama telefon pintar ini dengan menonton video dibawah :

1. Ultra Vision Leica Quad Camera yang paling berkuasa

  • Huawei P40 kamera Triple Leica dengan sensor 50MP Ultra Vision, 3x Zoom Optik dan sensor ultra-wide 16MP.
  • Huawei P40 Pro Kamera Quad Leica dengan sensor 50MP Ultra Vision, 5x Zoom Optik, sensor ultra-wide 40M, 50x Zoom Digital.

2. Sensor, Pemfokusan auto, AI AWB dan Enjin XD Fusion terbaik

  • Pengambilan gambar yang sempurna dan jelas didalam apa jua keadaan 24 jam sehari.
  • Ambil gambar potret didalam pelbagai keadaan cahaya  dan dapatkan kualiti gambar yang terbaik.

3. Fotografi berdasarkan AI paling berkuasa : Golden Snap

  • AI Best Moment mengesan bingkai gambar yang paling sempurna dan mengesyorkanya kepada anda.
  • AI Remove Passerby – memastikan subjek yang tidak diingin boleh dibuang dari gambar
  • AI Remove Reflection memastikan gambar yang anda ambil sentiasa yang terbaik tanpa sebarang gangguan.

4. Zoom paling berkuasa pada telefon pintar

  • Kualiti gambar yang jelas walaupun dengan menggunakan zoom
  • Teknologi zoom pada siri Huawei P40 juga lebih stabil berbanding generasi sebelum ini.

5. Kebolehan merakam video selfie 4K

  • rakam video selfie didalam resolusi 4K yang memberikan kejelasan dan kecekapan warna yang sangat tepat.

6. Audio Zoom

  • Audio di amplify apabila kamera melakukan Zoom pada sesuatu subjek
  • Ganguan bunyi dilatar belakang juga akan ditapis.

7.Pemproses SoC 5G yang terbaik

    • Siri Huawei P40 dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 990 5G – pemproses kelas flagship paling maju didunia.

8. Warna yang ditawarkan di Malaysia :

  • Huawei P40 dan Huawei P40 hadir didalam warna  Blush Gold, Frost Silver, dan Deep Sea Blue

9. HUAWEI MeeTime

    • Berhubung dengan yang tercinta dengan MeeTime
    • Real-time screen-sharing
    • Teknologi terbaik yang boleh anda gunakan ketika berkerja dari rumah yang menawarkan kualiti panggilan video yang jelas dan pada masa yang sama pengunaan data yang rendah.

Pra-tempahan Siri Huawei P40 kini masih dibuka dan anda boleh melakukan tempahan melalui pelbagai saluran penjualan rasmi seperti di pautan berikut :

HUAWEI online shop

Stor flagship HUAWEI di Lazada

 Celcom-Store : Pra-tempah Huawei P40

Celcom-Store : Pra-tempah Huawei P40 Pro

Sengheng

SenQ

Huawei MatePad Pro dan Watch GT2e kini rasmi di Malaysia dengan harga dari RM 599

Tontoni Video Unboxing Eksklusif Kami di bawah :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.