Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maybank umumkan pemansuhan sementara caj RM 1 bagi pengeluaran ATM Antarabank

Maybank umumkan pemansuhan sementara caj RM 1 bagi pengeluaran ATM Antarabank 1

Maybank umumkan pemansuhan sementara caj RM 1 bagi pengeluaran ATM Antarabank 2

*kemaskini : kerajaan telah memutuskan semua institusi perbankan dan ‘paynet’, akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS, berkuat kuasa 6 April ini hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Malayan Banking Berhad atau Maybank telah mengumumkan pemansuhan sementara caj tambahan RM 1 bagi transaksi antarabank di semua mesin ATM/layan diri syarikat itu berkuatkuasa 6 April ini sehingga berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Pemansuhan ini adalah untuk membantu pelanggan semua bank yang perlu mengeluarkan wang di mesin ATM terdekat susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang kini lebih ketat bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Maybank dilaporkan mempunyai hampir 2,900 mesin ATM/ terminal layan diri di seluruh Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.