Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 9X Pro & Honor MagicBook akan dilancarkan di Malaysia pada 7 April ini

Honor Intelligent Lifestyle malaysia
Selepas terpaksa menunda majlis pelancaran Honor Intelligent Lifestyle yang dijadualkan pada 24 Mac lalu ekoran perintah kawalan pergerakan, Honor Malaysia kini telah membuat keputusan untuk menjalankan majlis pelancaran ini secara virtual pada 7 April ini.

Majlis pelancaran Honor Intelligent Lifestyle ini akan menyaksikan Honor 9X Pro, Honor MagicBook dan Honor MagicWatch 42mm edisi Sakura Gold.

Honor 9X Pro adalah telefon pintar terbaru Honor yang telah lama dinantikan pelancaranya di Malaysia.

Berikut adalah spesifikasi Honor 9X Pro :

  • skrin paparan FHD+ IPS LCD 6.59-inci (1080 x 2340px) – nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 92%.
  • Pemproses 8nm Kirin 810
  • 6GB RAM + 256GB storan dalaman
  • Sensor capjari sisi
  • Kamera selfie pop-up 16MP
  • Tri-Kamera Quad Bayer 48MP + 8MP ultrawide + 2MP
  • EMUI 9.1 + GPU Turbo 3.0
  • Huawei Mobile Services

Selain itu, komputer riba Honor MagicBook turut dibawa masuk ke pasaran tempatan dan ianya dijangka akan hadir dengan harga penjualan yang amat kompetitif.

Search Honor MagicBook 14” akan tiba di Malaysia dengan harga penjualan mampu milik

Selain daripada dua peranti utama ini, Honor turut mengumumkan penawaran jam pintar Honor MagicWatch 2 42mm warna Sakura Gold.

Pastikan anda menonton siaran langsung majlis pelancaran Honor Intelligent Lifestyle ini pada 7 April jam 12 tengah hari di YouTube Honor Malaysia atau Facebook Honor Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.