Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Shopee Tingkatkan Bekalan Topeng Muka Pada Harga Berpatutan


Selepas berjaya membendung penularan wabak Covid-19, syarikat pengeluar topeng muka di China telah meneruskan semula operasi pengeluaran topeng muka yang bakal menyumbang kepada peningkatan bekalan topeng muka di seluruh dunia.

Di negara kita, larangan eksport dan pengecualian cukai pada topeng muka juga secara amnya menyebabkan peningkatan bekalan topeng muka di Malaysia namun ianya masih dilihat belum mencukupi permintaan.

Untuk membantu rakyat Malaysia, Shopee sedang bekerjasama rapat dengan pengeluar dan pengedar di rangkaian tempatan dan serantau kami untuk menawarkan akses atas talian yang mudah untuk mendapatkan topeng muka di negara ini.

Shopee kini mempunyai penjual topeng muka tempatan dan rentas sempadan di platform kami yang mampu menawarkan topeng muka dalam kuantiti yang lebih banyak dan pada harga yang lebih baik kepada pengguna akhir.

 Dengan peningkatan bekalan topeng muka pada platform ini, harga topeng muka telah mula menujukkan penurunan.

Berikutan itu, Shopee mempunyai penjual yang menawarkan sekotak topeng muka pembedahan tiga lapis (berisi 50 keping) dengan harga antara RM60 dan RM85, di bawah harga siling runcit yang dikawal selia iaitu RM100.

 Shopee komited dalam menyokong usaha negara dalam menangani penularan COVID-19.

Beberapa tips umum untuk pembeli atas talian adalah seperti berikut:

1. Baca penerangan produk dan ulasan daripada pembeli lain dengan teliti sebelum membuat keputusan

2. Gunakan Shopee Live Chat dalam aplikasi untuk mengesahkan harga dan kuantiti dan/atau untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripada penjual.

3. Jauhi dan laporkan topeng muka yang dijual dengan harga yang terlalu mahal.

anda boleh melaporkan penjual yang ingkar dengan menggunakan fungsi “Report This Product” di sudut kanan atas mana-mana penyenaraian produk, e-mel di help@support.shopee.com.my atau hubungi 03 2777 9222 (Isnin hingga Ahad – 9.00 pagi hingga 6.00 petang, termasuk Cuti Umum) untuk membuat laporan.

4. Pastikan semua urus niaga anda dilakukan dalam platform Shopee kerana anda akan dilindungi oleh Polisi Jaminan Shopee kami.

Shopee telah mengadakan kempen khas Beli-belah dengan Selamat dari Rumah yang kini berlangsung hingga 4 April, untuk pengguna melakukan pembelian bagi keperluan mereka di satu tempat dengan harga yang berpatutan.

Pada 27 Mac dan 4 April, tawaran bermula daripada RM0.44 dan diskaun hingga 80% akan diadakan.

 Walau bagaimanapun, harus difahami bahawa mungkin terdapat sedikit kelewatan dalam penghantaran dengan penguatkuasaan PKP.

Sebagai tambahan kepada Shopee Express, kebanyakan penyedia logistik pihak ketiga telah melaksanakan proses penghantaran yang lebih selamat dan mudah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.