Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Covid-19 : BNM umum penangguhan bayaran pinjaman bagi 6 bulan secara automatik


Covid-19 Moratorium automatik bagi pinjaman kereta dan rumah

Covid-19 : BNM umum penangguhan bayaran pinjaman bagi 6 bulan secara automatik

Bank Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa semua bank di Malaysia telah diarahkan untuk menawarkan moratorium automatik bagi pembayaran semua pinjaman selama 6 bulan mulai 1 April 2020.

Moratorium bermaksud penangguhan bayaran selama 6 bulan tanpa sebarang tindakan senarai hitam yang biasa dikenakan apabila anda tidak membayar semula pinjaman.

Peminjam yang layak untuk penangguhan ini adalah individu dan perniaagaan kecil (SME) yang  dianggap paling terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, pinjaman kereta dan rumah akan menerima moratorium ini dengan syarat kedua-dua pinjaman ini tidak mempunyai baki tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

Bagi baki kad kredit pula, pihak bank akan menawarkan pilihan untuk menukar baki tersebut kepada satu jenis pinjaman 3 tahun dengan kadar faedah yang lebih rendah.

Bagi individu dan SME yang tidak berminat untuk menggunakan moratorium ini boleh meneruskan pembayaran pinjaman mereka seperti biasa.

Pengumuman Bank Negara Malaysia ini tampil selepas kebanyakkan bank telah mula menawarkan skema penangguhan bayaran pinjaman namun perlu membuat permohonan.

Covid-19 : Kerajaan benarkan pengeluaran akaun-2 KWSP sebanyak RM 500 sebulan

 Sumber 1| sumber 2

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.